Perkhemahan Sains Alam Semulajadi Sekolah Menengah (Sekolah Amanah) Peringkat Kebagsaan Tahun 2018 | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Perkhemahan Sains Alam Semulajadi Sekolah Menengah (Sekolah Amanah) Peringkat Kebagsaan Tahun 2018

Perkhemahan Sains Alam Semulajadi Sekolah Menengah (Sekolah Amanah) Peringkat Kebagsaan Tahun 2018

Perkhemahan Sains Alam Sekitar pupuk pelajar untuk lebih menjurus ke arah bidang sains tulin terutama Kimia, Biologi, fizik dan pertanian. Program melibatkan 69 orang pelajar daripada sekolah menengan seluruh Malaysia telah berlangsung selama 3 hari bertempat di Langkawi, Kedah.

 

Program yang berlangsung pada 25 hingga 28 Oktober 2018 ini telah dikelola oleh tenaga pengajar bidang Kimia Pusat Asasi Sains Pertanian UPM dan mendapat kerjasama daripada Pusat Kokurikulum Negeri Selangor, Pusat Kokurikulum Negeri Kedah, SMK Cyberjaya, Yayasan Amir (Sekolah Amanah), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan beberapa agensi lain.

Program 3 hari ini telah berlangsung dengan jayanya dan memberi impak positif kepada pelajar tentang sains dan kepentingannya dalam kehidupan serta alam sekeliling.

Tarikh Input: 31/10/2018 | Kemaskini: 20/11/2019 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEaDAl~