PERTANDINGAN AMALAN EKSA ASPUTRA 2025 MERIAH DAN BERIMPAK TINGGI | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » PERTANDINGAN AMALAN EKSA ASPUTRA 2025 MERIAH DAN BERIMPAK TINGGI

PERTANDINGAN AMALAN EKSA ASPUTRA 2025 MERIAH DAN BERIMPAK TINGGI

PERTANDINGAN AMALAN EKSA ASPUTRA 2025 MERIAH DAN BERIMPAK TINGGI

14 Mei 2025 (Rabu) – Program Pertandingan Amalan EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) ASPutra 2025 telah berlangsung dengan jayanya hari ini, melibatkan penyertaan aktif daripada semua zon di bawah institusi ASPutra. Pertandingan yang berlangsung secara tahunan ini bertujuan menggalakkan budaya kerja yang lebih sistematik, bersih, dan hijau selaras dengan prinsip EKSA.

Antara kategori yang dipertandingkan dalam program kali ini termasuk:

Zon Terbaik

Projek Inovasi

  

 

Anugerah Go Green

  

 

Anugerah Go Green

Setiap kategori dipertandingkan secara kompetitif, mencerminkan komitmen tinggi warga ASPutra dalam mempertingkatkan persekitaran kerja serta memperkukuhkan budaya inovasi dan kelestarian.

Majlis penyampaian hadiah turut diadakan pada penghujung program dengan ganjaran menarik ditawarkan kepada pemenang setiap kategori.

Penganjuran pertandingan ini diharapkan dapat terus menyemarakkan semangat kerja berpasukan dan memperkukuh budaya EKSA dalam kalangan warga ASPutra. ASPutra juga berazam untuk terus memacu kecemerlangan dalam pengurusan persekitaran tempat kerja yang kondusif dan mesra alam.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta atas komitmen dan kerjasama yang telah diberikan. Semoga inisiatif ini terus menyemarakkan semangat penambahbaikan berterusan dalam persekitaran kerja ASPutra.

Tarikh Input: 16/05/2025 | Kemaskini: 16/05/2025 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
F, (05:10:14am-05:15:14am, 09 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]