UPM Serdang, 2 September 2024 pertandingan pidato kemerdekaan telah diadakan dengan penglibatan terbuka kepada semua pelajar ASPer Sesi 2024/2025. Pertandingan ini telah berlangsung pada jam 1.00petang hingga 2petang dan disertai oleh seramai 7 orang pelajar.
Kesemua peserta telah membuat persembahan masing-masing dengan penuh semangat dan jelas memaparkan semangat patriotik dalam diri mereka. Ini dapat dilihat melalui cara penyampaian ke semua peserta pidato yang bijak menyusun setiap butir kata dan idea yang begitu bernas.
Selain itu, semua peserta juga kelihatan sangat bersedia dari segi fizikal dan mental. Pemakaian busana yang bersesuaian juga turut menjadi salah satu daya tarikan penonton dan barisan juri yang menilai.
Gambar 1: Barisan juri bagi pertandingan pidato kemerdekaan
![]() |
|
![]() |
![]() |
![]() |
Gambar 2: Para peserta pertandingan pidato kemerdekaan
Laporan berita di sediakan oleh,
Pn. Noor Hidayu bt Aris
Tarikh Input: 24/09/2024 | Kemaskini: 24/09/2024 | hasniah
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor
Hotline : 011-39659550