PERTANDINGAN TIKTOK KEMERDEKAAN ASPutra 2024 | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » PERTANDINGAN TIKTOK KEMERDEKAAN ASPutra 2024

PERTANDINGAN TIKTOK KEMERDEKAAN ASPutra 2024

UPM Serdang, Bermula 2 Ogos hingga 9 September 2024, telah berlangsung Pertandingan Tiktok Kemerdekaan 2024 dan terbuka kepada semua pelajar ASPer 2024/2025.

Semangat kemerdekaan diteruskan dengan pertandingan tiktok kemerdekaan. Pertandingn ini telah mula diadakan pada 2 tahun lalu iaitu selaras dengan peredaran zaman dan perkembangan pesat media soial di dunia.

Pertandingan Tiktok Merdeka mendapat sambutan menggalakan daripada para pelajar. IT dihujung jari dan bakat para pelajar juga menjadi salah satu faktor penyumbang kepada cetusan kandungan tiktok merdeka yang kreatif 2024.

Kandungan video kali ini telah disaring dan ditetapkan tidak lebih daripada tiga minit. Video yang di hasilkan juga hendaklah berkaitan dengan tema kemerdekaan dan haruslah menitik beratkan tentang kandungan yang sepatutnya tidak menyentuh sensitiviti raja, kaum dan keagamaan. Setiap video juga telah dimuat naik ke laman sosial rasmi ASPutra untuk penilaian.

Facebook: Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia

Instagram: asputra_official

Tiktok: ASPutra_UPM

https://www.instagram.com/reel/C_1mRPepCda/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==

 

Pemenang tempat pertama bagi pertandingan ini telah dinobatkan kepada kuliah 18 ;

 

Kumpulan ini menggelarkan diri mereka sebagai Keighteens juga mewakili dari Kuliah 18 memperoleh tempat Pertama daripada 8 penyertaan dari kumpulan yang lain. Mereka dipilih sebagai pemenang utama pertandingan ini kerana mereka memperoleh markah penjurian tertinggi (80%) dan mempunyai views dan likes tertinggi di Tiktok Rasmi ASPutra.

Sesi Penyampaian Hadiah bagi Pemenang Tempat Pertama Pertandingan Tiktok Merdeka 2024

 

Laporan berita di sediakan oleh,

Pn. Noor Hidayu bt Aris

 

 

Tarikh Input: 25/09/2024 | Kemaskini: 25/09/2024 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
S.2025/3/17:1:36:27~noCache