Pertandingan Video Pemasaran Produk ASA0105 | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Pertandingan Video Pemasaran Produk ASA0105

Pertandingan Video Pemasaran Produk ASA0105

 

 

Unit Pertanian Pusat Asasi Sains Pertanian telah mengadakan satu pertandingan video pemasaran produk bagi subjek ASA0105 Keusahawanan dan Pemasaran Produk Pertanian pada Minggu ke16 semester 1 sesi 2020/2021. Pertandingan ini merupakan satu inovasi pengajaran dan pembelajaran melalui tugasan Syoknya  Agro Bazaar Online di mana pelajar perlu menghasilkan satu produk berasaskan pertanian dan memasarkan secara atas talian. Tugasan ini dijalankan seiring dengan keadaan semasa global yang dilanda Pendemik Covid-19.

 

Pertandingan ini menekankan kreativiti pelajar dalam memasarkan produk- produk yang dihasilkan kepada sasaran pelanggan mereka di samping mempraktikkan ilmu-ilmu keusahawanan yang dipelajari di dalam kelas.

 

Keputusan bagi Pertanian Video Pemasaran Produk ASA0105 adalah seperti berikut:

 

Tempat Pertama

KULIAH 6

 

Tempat Kedua

KULIAH 5

 

Tempat Ketiga

KULIAH 4

 

Tempat Keempat

KULIAH 1

 

Tempat Kelima

KULIAH 3

 

Tahniah kepada semua pemenang. Setiap pemenang berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai bermula dari jumlah Rm50 sehingga rm200 ringgit. Unit Pertanian mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah memberi sumbangan atas pertandingan ini.

Tarikh Input: 20/11/2020 | Kemaskini: 06/10/2021 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEdGAR~