Pada 7 Februari 2026 (Sabtu), Unit Fizik, Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia (UPM) yang terdiri daripada 12 orang ahli telah menganjurkan program Physics Team Building 2026 bertempat di Pantai Lexis Hibiscus dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Program ini dilaksanakan selaras dengan objektif dalam proposal iaitu untuk mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kerja berpasukan serta meningkatkan komunikasi dan kesepaduan dalam kalangan ahli Unit Fizik. Program ini telah diketuai oleh Dr. Emma Ziezie Mohd Tarmizi selaku Ketua Program.
Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Asasi Sains UPM, Prof. Madya Dr. Marina Mohd. Top @ Mohd. Tah, pada 4 Februari 2026 bertempat di Pejabat Pengarah Asasi 1 pada jam 2.30 petang. Majlis perasmian tersebut disempurnakan dengan simbolik penyerahan beg cenderahati program oleh Ketua Program, Dr. Emma Ziezie Mohd Tarmizi, bersama Ketua Unit Fizik, Dr. Siti Suzlliana Putri Mohamed Isa, sebagai tanda rasmi perasmian program.
Sebanyak 12 aktiviti telah dijalankan sepanjang program, antaranya Silent Timeline Challenge, Flour Discovery Mission, Water Balloon Chain Challenge, Future Scientist Raincoat Challenge, Biscuit Engineering Tower, Sand Structure Finale serta beberapa aktiviti lain yang menekankan elemen kerjasama, kreativiti, komunikasi dan kepimpinan dalam kumpulan.
Para peserta telah dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu Kumpulan 1 dan Kumpulan 2. Keputusan keseluruhan menyaksikan Kumpulan 1 muncul sebagai pemenang dengan 220 markah, manakala Kumpulan 2 memperoleh 184 markah. Kumpulan 1 membawa pulang dua hamper kemenangan, sementara Kumpulan 2 menerima satu hamper. Program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan serta memberi impak positif kepada semua peserta.











Disediakan oleh: Dr. Emma Ziezie Mohd Tarmizi
Unit Fizik, ASPutra
Tarikh Input: 10/02/2026 | Kemaskini: 10/02/2026 | emma

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor