Tanggal 17 Oktober 2022 yang lalu, Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM telah menganjurkan pilihan raya bagi mencari pelajar-pelajar ASPer yang berkaliber dan mempunyai semangat kepimpinan untuk memegang jawatan utama dalam Jawatankuasa Tertinggi Pelajar Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM (HICOM). Oleh yang demikian, suatu jawatankuasa telah dibentuk bagi mencari calon-calon yang berkelayakan. Jawatankuasa tersebut diketuai oleh Prof Madya Dr. Mohamad Amran Mohd Salleh selaku penasihat, Puan Rafina Syhadilla Md Rafi sebagai pengerusi dan beberapa pegawai PASP yang berperanan sebagai Ahli Jawatankuasa Induk dan Ahli Jawatankuasa Kecil.
Proses Pilihan Raya ASPer 18 telah dibahagikan kepada lima peringkat iaitu:
PERINGKAT |
PERKARA |
TARIKH |
1 |
Hebahan Pilihan Raya |
17 Okt – 24 Okt |
2 |
Hebahan dan Penghantaran borang pencalonan |
24 Okt – 30 Okt |
3 |
Penamaan Calon |
31 Okt – 6 Nov |
4 |
Hari Berkempen |
8 Nov – 9 Nov |
5 |
Hari Mengundi dan Keputusan PRA 18 |
11 Nov |
Terdapat tiga jawatan utama yang telah dipertandingkan dalam pilihan raya ini iaitu jawatan Presiden, Setiausaha dan Bendahari. Setiap pelajar yang berminat untuk bertanding perlu menghantar borang pencalonan dan akan melalui proses saringan oleh Penasihat Akademik masing-masing sebelum disenarai pendek bagi melayakkan diri mereka menjadi calon PRA 18 dan berkempen.
Keputusan PRA 18 telah diumumkan semasa Majis Penutup Pilihan Raya ASPer 18 pada 11 November 2022 yang lalu. Seramai 98% pelajar ASPer 18 telah turun mengundi bagi memilih calon pilihan mereka. Keputusan PRA 18 dapat dilihat berdasarkan jadual di bawah:
NAMA |
JAWATAN |
BILANGAN UNDI |
Chin Min Le |
Presiden |
188 |
Luqman Naqiuddin Bin Zulhaimi |
Timbalan Presiden |
126 |
Siti Nuraqilah binti Azmi |
Setiausaha |
155 |
Cheng Siong Wei |
Timbalan Setiausaha |
128 |
Nisa’ Amalin binti Mohammad Shahrim |
Bendahari |
235 |
Nur Hazwany Dalilah binti Mohamad Hanizan |
Timbalan Bendahari |
184 |
Seluruh warga ASPer 18 merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada calon yang menang dan terpilih sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Pelajar (HICOM) ASPer 18. Semoga dengan pelantikan ini dapat memberi sumbangan idea dan tenaga serta dapat melaksanakan amanah yang diberi dengan penuh rasa tanggungjawab dan cemerlang.
Gambar sekitar Hari Mengundi dan Majlis Penutup PRA 18:
Pelajar ASPer 18 sedang melihat poster calon-calon PRA 18 dipapan kenyataan
Pelajar bersama AJK PRA 18 di meja pendaftaran
Pelajar ASPer 18 sedang menunggu giliran untuk membuang undi di pusat mengundi
Pelajar ASPer 18 sedang melaksanakan tanggungjawab mengundi
Majlis Penutup PRA 18 di dalam Bilik Mesyuarat Asasi 1
Pengurusan Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM bergambar kenangan bersama calon yang menang dalam PRA 18
Disediakan oleh:
Puan Rafina Syhadilla binti Md Rafi,
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya ASPer 18
Tarikh Input: 21/11/2022 | Kemaskini: 21/11/2022 | emma
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor
Hotline : 011-39659550