PILIHAN RAYA BAGI PEMILIHAN HICOM ASPER 17 2021 | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » PILIHAN RAYA BAGI PEMILIHAN HICOM ASPER 17 2021

PILIHAN RAYA BAGI PEMILIHAN HICOM ASPER 17 2021

 

• Pilihan Raya ASPer 17 telah dilaksanakan secara atas talian bermula daripada 2 Oktober 2021 hingga 22 Oktober 2021.

• Satu jawatankuasa telah ditubuhkan bagi memastikan pilihan raya ini dapat dilaksanakan dengan sistematik dan terancang.

• Jawatankuasa PRA17 ini telah diketuai oleh Prof Madya Dr. Norfifah binti Bachok@Lathi sebagai penasihat, Puan Rafina Syhadilla binti Md Rafi sebagai pengerusi dan beberapa staf PASP yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Induk dan Ahli Jawatankuasa Kecil.

               

Pada pilihan raya kali ini, Jawatankuasa PRA17 telah mewajibkan penyertaan daripada setiap kumpulan kuliah. Setiap kumpulan kuliah diminta untuk menghantar sekurang-kurangnya seorang wakil untuk bertanding mana-mana jawatan yang terdapat dalam PRA17. 

 

Proses Pilihan Raya ASPer 17:

 

i.                     4 Okt hingga 11 Okt 2021 - Semua calon mengemukakan Borang Penamaan Calon Bertanding kepada urusetia.

ii.                   15 Okt hingga 21 Okt 2021 - Semua calon bertanding diberi masa untuk berkempen secara dalam talian.

iii.                 22 Okt 2021 - Semua pelajar ASPer membuang undi secara dalam talian mulai jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Seterusnya, Majlis Penutup dan pengumuman keputusan telah berlangsung pada jam 3 petang.

 

Wakil Hicom ASPer yang telah dipilih ialah:

 

JAWATAN

PEMENANG

PRESIDEN

JUSTIN KOK SHAO LOONG (KULIAH 3)

TIMBALAN PRESIDEN (1)

MUHAMMAD MARZLAN BIN ABDUL MALEK (KULIAH 11)

TIMBALAN PRESIDEN (2)

LEE LI TING (KULIAH 13)

SETIAUSAHA

SARAH AINUN NISA BINTI MOHAMAD HASNI (KULIAH 14)

TIMBALAN SETIAUSAHA

MUHAMMAD AQIL SYUKRAN BIN BAHARUDDIN (KULIAH 4)

BENDAHARI

SHA NATRAH BINTI SHAHBUDIN (KULIAH 15)

TIMBALAN BENDAHARI

SITI MUNAWAROH NABAWIYAH (KULIAH 20)

 

Rumusan

Pilihan Raya ASPer telah berjalan dengan lancar. Kerjasama yang jitu daripada setiap ahli jawatankuasa amat membanggakan. Setiap ahli jawatankuasa mengetahui peranan dan fungsi masing-masing dalam melaksanakan gerak kerja yang diperlukan.

 

Majlis Penutup PRA17 dapat dilaksanakan mengikut ketetapan masa yang telah dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa.

 

Peratusan pelajar ASPer yang keluar mengundi juga mencecah lebih 90%.

 

Tarikh Input: 11/11/2021 | Kemaskini: 22/09/2022 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEdKA5~