PILIHANRAYA PELAJAR ASPer 2019/2020
7 Oktober 2019, bermula jam 8.30pagi hingga 4.30petang telah berlangsung pilihan raya pelajar ASPer 15 bagi memilih Jawatankuasa tertinggi Persatuan Pelajar Asasi Sains Pertanian UPM.
Bermula dengan penamaan calon pada 30 September 2019, notis pilihanraya telah dikeluarkan dan bermula proses berkempen. Calon bertanding untuk jawatan Presiden (10 orang), Timbalan Presiden (6 orang) , Bendahari (3 orang), Setiausaha (2 orang)
Kesemua calon telah mengemukakan manifesto masing-masing dalam pelbagai cara iaitu melalui kempen secara video, whaspt, Instagram dan juga kempen secara langsung. Slot berkempen telah disediakan pada hari khamis dan jumaat jam 10-11pagi serta 1-2petang.
Setelah tamat tempoh berkempen maka berlangsung hari pembuangan undi. Tiga saluran mengundi telah dibuka untuk pelajar ASPer15 melaksanakan proses mengundi. Jumlah keseluruhan turun mengundi seramai 856 orang iaitu 97.94peratus.
PENGUMUMAN KEPUTUSAN JAWATAN HICOM ASPer 2019/2020
PRESIDEN
Bradley Tan Yue Jie |
Menang dengan majoriti 50 undi Mendapat sebanyak 165 undian |
TIMBALAN PRESIDEN I
Sharlia Binti Ahmad Sharizal Azuar |
Menang dengan majoriti 49 undi Mendapat sebanyak 256 undi
|
TIMBALAN PRESIDEN
Shagaan A/L Ganen Thrakumar |
Mendapat sebanyak 207 undi
|
SETIAUSAHA I
Nur Amiera Camalia Binti Abdul Hamid Sabri |
Menang dengan majoriti 186 undi Mendapat sebanyak 512 undi
|
SETIAUSAHA II
Nurmaisarah Bt Nordin |
Mendapat sebanyak 326 undi
|
BENDAHARI I
Sarah Edna Mohd Faisol |
Menang dengan majoriti 26 undi Mendapat sebanyak 357 undi
|
BENDAHARI II
Muhamad Syahin Naim Bin Alias |
Mendapat sebanyak 331 undi |
JUMLAH PELAJAR ASPer 2019/2020 : 874
JUMLAH TURUN MENGUNDI : 856
PERATUS TURUN MENGUNDI : 97.94%
Tarikh Input: 14/10/2019 | Kemaskini: 15/10/2019 | hasniah
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor
Hotline : 011-39659550