Pre-University Matriculation Innovation Competition PIITRAM 2024 | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Pre-University Matriculation Innovation Competition PIITRAM 2024

Pre-University Matriculation Innovation Competition PIITRAM 2024

24 Februari 2024. Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia (ASPutra) telah menyertai Pertandingan Inovasi Inter-Asasi Matrikulasi (PIITRAM) 2024 bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). PIITRAM merupakan pertandingan pameran inovasi antara pusat asasi dan matrikulasi seluruh Malaysia yang diadakan setiap tahun. Tuan rumah pada tahun ini adalah dari Pusat Tamhidi USIM. Beberapa kategori dipertandingkan secara fizikal dan atas talian. ASPutra telah menghantar 14 penyertaan yang mana 13 kumpulan pelajar (kategori Sains & Teknologi) manakala 1 kumpulan terdiri daripada pensyarah dan guru dalam kategori Akademik.

Wakil ASPutra telah memenangi 7 pingat Emas, 4 pingat Perak dan 3 pingat Gangsa. Antara projek inovasi yang berjaya merangkul pingat Emas adalah “Nature’s Gold from Green Waste”, “Salty Deo: Protection That’s Undetected”, “Aquadrift Innovation: Revolutionising Agriculture with Floating Device”, “KITTYREPEL: Eco-Friendly Cat Repellent”, “Algae Beads in Aquaculture” dan “The Application of Scented Gel-Based Insect Repellent on Ornamental Plants”. Majoriti projek ASPutra yang memenangi pingat Emas pada pertandingan tahun ini terdiri daripada projek berasaskan pertanian. Ini secara langsung menaikkan lagi nama Universiti Putra Malaysia sebagai universiti yang memfokuskan kemajuan di dalam bidang pertanian.

Projek “Nature’s Gold from Green Waste” yang menggunakan teknik kitar semula sisa menjadi baja yang mempertingkatkan mutu hasil tanaman berjaya merangkul hadiah kategori istimewa iaitu “Best Presentation Award”. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada mentor dan staf ASPutra yang membantu pelajar Asasi Sains Pertanian sepanjang pertandingan berlangsung.

Tarikh Input: 29/02/2024 | Kemaskini: 29/02/2024 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEdGAv~