Program Apple Day 2025 Raikan Pengorbanan Warga Pendidik ASPutra | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Program Apple Day 2025 Raikan Pengorbanan Warga Pendidik ASPutra

Program Apple Day 2025 Raikan Pengorbanan Warga Pendidik ASPutra

SERDANG, Mei 2025 - Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia (ASPutra) telah menganjurkan Program Apple Day 2025 sebagai tanda penghargaan kepada para pensyarah dan staf yang telah mencurahkan bakti dalam mendidik pelajar sepanjang sesi akademik 2024/2025.

Program anjuran Majlis Tertinggi Pelajar Asasi Sains Pertanian (HiCOM) ini berlangsung di Dataran Asasi 1 dari jam 1.00 tengah hari hingga 2.00 petang telah menyaksikan penyampaian set hadiah berbentuk buah epal kepada para tenaga pengajar dan staf sebagai simbolik penghormatan.

Tema program, “A Small Apple, A Big Thank You”, menampilkan buah epal sebagai lambang penghargaan—dengan bentuknya menyerupai hati, ia melambangkan hubungan erat antara pelajar dan staf. Walaupun kecil, hadiah ini membawa makna besar dalam hati penerima.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis, diikuti ucapan perasmian oleh Pengarah ASPutra, Prof. Madya Dr. Marina Mohd Top @ Mohd Tah. Majlis turut diserikan dengan deklamasi sajak bertajuk “Dengar Nasihat Guru” oleh Muhammad Hanifa bin Khafizan dari Kuliah 17.

Selain penyampaian hadiah, gimik pelancaran oleh barisan pengurusan ASPutra dan sesi bergambar bersama pelajar serta staf turut memeriahkan acara. Para pelajar hadir dengan pakaian seragam sekolah manakala para staf mengenakan busana merah dan putih sebagai lambang semangat dan kesepaduan.

Program ini diadakan bertepatan dengan sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan bertemakan “Guru Pemacu Generasi Reformasi”, sekali gus menzahirkan rasa terima kasih pelajar kepada mereka yang menjadi tunjang kepada kejayaan akademik mereka.

Pengarah program merakamkan ucapan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Apple Day 2025 dan turut menyatakan harapan agar program ini akan diteruskan pada tahun mendatang.

 

"You didn’t just show the way,

you became the light.

Thank you for guiding with heart."

 

 

 

Disediakan oleh,

Wan Nur Atikah Wan Mohd Adnan

Pegawai Pemantau Program Apple Day 2025

Tarikh Input: 27/05/2025 | Kemaskini: 27/05/2025 | emma

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
F, (11:37:38pm-11:42:38pm, 14 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]