PROGRAM ASPER PHYSICS EXHIBITION (APEx) 2020/2021 | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » PROGRAM ASPER PHYSICS EXHIBITION (APEx) 2020/2021

PROGRAM ASPER PHYSICS EXHIBITION (APEx) 2020/2021

Penganjuran ASPer Physics Exhibition (APEx) 2020/2021 adalah usaha untuk mempromosikan budaya penciptaan, inovasi dan kreativiti di kalangan pelajar Asasi Sains Pertanian (ASPER) sejajar dengan transformasi pendidikan kebangsaan yang kini memberi tumpuan kepada kepentingan pendidikan dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) untuk melahirkan modal insan yang sangat mahir dan inovatif. Ia adalah platform bagi pelajar untuk menyalurkan buah fikiran baru yang cemerlang berkaitan dengan fizik terutamanya dalam konsep mekanik serta untuk menunjukkan ciptaan kreativiti mereka.

 

Objektif program ini diadakan adalah untuk memupuk budaya penciptaan, inovasi dan kreativiti di kalangan pelajar terutamanya yang berkaitan dengan fizik, meningkatkan pemahaman pelajar terhadap konsep fizik agar dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka dan meningkatkan minat pelajar terhadap subjek fizik.

 

Program ini dianjurkan dan dikendalikan oleh para Pensyarah dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Bidang Fizik, Pusat Asasi Sains Pertanian, Universiti Putra Malaysia. Terbuka kepada semua pelajar Pusat Asasi Sains Pertanian, Universiti Putra Malaysia secara individu atau berkumpulan (maksimum 5 orang satu kumpulan). Pengisian program adalah untuk menghasilkan sebuah projek reka bentuk dan video yang berasaskan inovasi dan kreativiti dengan mengaplikasikan konsep fizik. 14 video kreatif telah dipertandingkan untuk merebut 5 tempat ke pusingan akhir.

 

Pusingan akhir pertandingan ini telah dijalankan pada 21 Mei 2021 secara dalam talian dan 5 peserta akhir telah membuat pembentangan di hadapan juri professional mengenai reka bentuk kreatif masing-masing. Juri yang hadir terdiri daripada empat pensyarah kanan dari bidang fizik, Pusat Asasi Sains Pertanian UPM dan seorang pensyarah kanan daripada Fakulti Kejuruteraan Kelautan dan Informatik, UMT.

 

Lima kumpulan akhir yang bertanding, terdiri daripada kumpulan kuliah 5, kumpulan kuliah 7, kumpulan kuliah 8, kumpulan kuliah 9 dan kumpulan kuliah 11. Kumpulan yang terpilih ini telah menghantar 5 orang wakil dari setiap kumpulan, kecuali kumpulan kuliah 7 yang diwakili oleh seorang peserta sahaja dan kumpulan kuliah 11 yang diwakili oleh dua orang peserta sahaja.

KUMPULAN KULIAH 5 ASPER 16

KUMPULAN KULIAH 7 ASPER 16

KUMPULAN KULIAH 8 ASPER 16

KUMPULAN KULIAH 9 ASPER 16

KUMPULAN KULIAH 9 ASPER 16

 

Hadiah tempat pertama yang merupakan RM 500 tunai telah dimenangi oleh saudara Muhammad Arif Bin Saifulazmi daripada kumpulan kuliah 7. Tempat kedua yang telah memenangi RM 300 tunai pula ialah kumpulan kuliah 9. Manakala kumpulan kuliah 5 telah membawa pulang RM 200 tunai dengan memenangi tempat ketiga. Kumpulan kuliah 8 dan 11 pula diberi hadiah saguhati berupa RM 50 tunai.

 

Majlis penutupan program telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian, Upm, Prof. Madya Dr. Marina Mohd. Top @ Mohd. Tah dan disudahi dengan sesi bergambar.

 

Tarikh Input: 15/06/2021 | Kemaskini: 08/10/2021 | emma

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEZQAr~