Pada 04 Julai 2025 (Jumaat) telah berlangsungnya Program ASPutra Ceria Siri 2/2025 yang bertempat di Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia. Program ini diadakan bagi persediaan pendaftaran pelajar Baharu semester 1 sesi 2024/2025. Program ini melibatkan aktiviti gotong-royong membersihkan bilik kuliah dan makmal termasuk memastikan semua peralatan dan fasiliti berada dalam keadaan baik. Selain itu, kerja-kerja menceriakan Surau Perempuan Asasi 1 serta Surau di Asasi 4 turut dilaksanakan bagi menambahkan keselesaan kepada pelajar untuk beribadat dan berehat.
![]() |
![]() |
Sebelum gotong royong dimulakan, semua staf telah melakukan aktiviti Fit by beat yang diketuai oleh Dr. Aditya Adawiah Darwis dari Pusat Kesihatan Universiti (PKU) dalam memastikan semua staf berada di dalam keadaan gembira selain untuk meningkatkan tahap Kesihatan masing-masing.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

Seramai 30 orang staf ASPutra telah turut serta bergotong royong bagi memastikan persekitaran yang kondusif kepada para pelajar. Pengarah Program ini ialah Puan Rahiza Abu Hanipah, Penolong Pendaftar Kanan yang juga merupakan Penyelaras EKSA ASPutra. Manakala ketua Kumpulan yang banyak membantu mengetuai program ini ialah Encik Mohamad Najib Abdul Aziz (Bilik Kuliah Asasi 1), Dr. Intan Diana Mat Azmi (Surau Perempuan Asasi 1) dan Puan Amizatul Najeha Lukmanulhakim (Surau Perempuan dan Lelaki Asasi 4). Program ini juga adalah sebahagian daripada pengisian aktiviti EKSA di ASPutra. Di samping itu juga program ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara staf.
Disediakan oleh
RAHIZA ABU HANIPAH
Tarikh Input: 07/07/2025 | Kemaskini: 07/07/2025 | hasniah

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor