Pada 6 Mei 2024, Isnin yang lalu Unit Biologi ASPutra telah mengadakan majlis penutup sempena Program Bio-Speak Up 2.0 2024 di Bilik Kuliah 6, ASPutra. Penutupan program ini telah dirasmikan oleh Pengarah ASPutra Prof. Madya Dr. Marina Mohd Top @ Mohd Tah.
Program Bio-Speak Up 2.0 2024 yang dipengerusikan olen Cik Nuratikah Saleh Hodin bertemakan “Biotechnology for Food Security” telah berlangsung selama sebulan bermula 22 Mac 2024 hingga 22 April 2024 secara atas talian. Objektif utama program ini adalah untuk memberi pengalaman sebenar kepada pelajar untuk merancang strategi penyampaian berkesan hasil dapatan aktiviti di dalam kelas serta melatih pelajar untuk menyampaikan maklumat kepada kelompok lebih besar seterusnya dapat diaplikasi kepada masyarakat di masa hadapan. Integrasi antara komponen akademik dan bukan akademik yang dilakukan ini dapat membangunkan kemahiran berfikir aras tinggi secara menyeluruh merangkumi dimensi intelek, rohani, emosi dan jasmani sejajar dengan pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2013-2025. Selain itu, jaringan bersama pakar berpengalaman dalam menilai hasil pembelajaran di dalam bilik kuliah juga dilakukan bagi mendapat input yang dapat memantapkan lagi ilmu serta pengalaman untuk kegunaan masa hadapan.
Program ini telah disertai oleh 18 kumpulan Kuliah di mana setiap kumpulan Kuliah membentangkan hasil dapatan mereka tentang isu Keterjaminan Makanan yang berlaku pada masa kini dalam bentuk poster infografik. Penilaian telah dibuat oleh juri-juri yang dilantik terdiri daripada pakar-pakar bidang berkaitan dari dalam dan luar UPM, antaranya Fakulti Pertanian UPM, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul UPM, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), dan Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia (NIBM).
Pertandingan ini telah dimenangi oleh kumpulan Kuliah 15, dengan tajuk “Chili Crop Alert : Antrachnose Outbreak Sparks Concern Over Rising Infections”, di tempat pertama. Diikuti oleh kumpulan Kuliah 14 dengan tajuk: “ Emerging Biotechnology of Synthetic Milk” dan kumpulan Kuliah 5 dengan tajuk “Pink Pineapple”.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak; pengurusan Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia; ahli jawatankuasa Bio Speak Up 2.0 2024; dan juri jemputan yang telah menjayakan dan memeriahkan program ini.
Disediakan oleh;
Dr. Siti Nor Ani Azaman
Setiausaha Program Bio-Speak Up 2.0 2024
Tarikh Input: 28/05/2024 | Kemaskini: 28/05/2024 | hasniah
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor
Hotline : 011-39659550