Program Pintar Sains Dan Matematik 2019 | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Program Pintar Sains dan Matematik 2019

Program Pintar Sains dan Matematik 2019

Pada 21 hari bulan Oktober 2019, telah berlangsungnya Program Pintar Sains dan Matematik 2019 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Bunga Raya (1), Bukit Beruntung, Rawang, Selangor. Program ini adalah kerjasama antara Pusat Asasi Sains Pertanian (PASP) UPM, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Selangor dan SMK Taman Bunga Raya (1). Program ini bertujuan merangsang daya pemikiran dan kesedaran pelajar tentang penggunaan sains dan matematik dalam menyelesaikan masalah, mengubah persepsi dan mempertingkat penghayatan pelajar terhadap subjek sains dan matematik di samping meningkatkan pemahaman soalan sains dan matematik berbentuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Lebih dari 160 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3 telah menghadiri program ini. Sejumlah 10 projek STEM telah dijalankan, melibatkan bidang matematik, fizik dan kimia yang dikendalikan oleh 25 orang fasilitator yang terdiri daripada 7 orang pensyarah, 6 orang pegawai perkhidmatan pendidikan, 3 orang pelajar siswazah, 3 orang pelajar pra-siswazah dan 6 orang pelajar Asasi Sains Pertanian.

Program ini turut dihadiri oleh tuan Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Selangor, En. Abu Mansor bin Sathri yang turut serta meninjau aktiviti yang dijalankan dan beramah mesra bersama pelajar semasa program berlangsung. Pada waktu yang sama, PASP yang diketuai oleh Timbalan Pengarah, Prof. Madya Dr. Norfifah binti Bachok@Lati telah menandatangani memorandum kerjasama dengan PPD Hulu Selangor.

Program Pintar Sains dan Matematik 2019 adalah kesinambungan daripada program yang sama pada tahun lepas di mana ianya dijalankan di SMK Kampong Soeharto. Penglibatan pelajar pada kali ini telah meningkat lebih 100% berbanding tahun lepas. Pada program kali ini juga, pelajar didedahkan dengan penggunaan komputer di dalam pembelajaran sains menerusi simulasi “virtual lab” AsperLabs.

Secara am nya, program berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada pelajar. Pihak PPD Hulu Selangor dan PASP menyasarkan penglibatan lebih dari sebuah sekolah dan lebih ramai pelajar pada program tahun hadapan.

 

 

 

Tarikh Input: 29/10/2019 | Kemaskini: 02/12/2019 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXDdNAV~