Pada 2 Julai 2024, 11 orang staf Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia telah berkunjung ke Sekolah Menengah Kebangsaan Malim, Melaka bagi menjayakan Program Smart Tour 2.0. Program ini berlangsung di Dewan Al-Khawarizmi dan dikendalikan oleh Bidang Matematik, diketuai oleh Puan Wan Nur Atikah Wan Mohd Adnan serta dibantu oleh beberapa ahli promosi ASPutra. Seramai 5 orang guru SMK Malim dan 67 orang pelajar Tingkatan 4 dan 5 dari aliran Sains Tulen dan Perakaunan turut serta bagi memeriahkan program. Alhamdulillah, segala perancangan program berjalan lancar dan objektif program berjaya dicapai.
Program yang berlangsung selama separuh hari bermula 9.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari padat diisi dengan beberapa slot.
Program dimulakan dengan slot Ice Breaking! yang dikendalikan oleh Encik. Muhammad Khairul Jauhari Othman. Seterusnya slot pemindahan ilmu matematik dibahagikan kepada tiga slot. Para pelajar dibawa menyelusuri keindahan ilmu matematik dan aplikasinya dalam kehidupan seharian. Mereka bermain 3 permainan matematik yang memerlukan mereka berfikir untuk menyelesaikan masalah yang diberi. Terdapat 3 aktiviti yang dijalankan iaitu:
Aktiviti 1: Matho! (Diketuai oleh: Dr. Mohd. Ezad Hafidz Hafidzuddin)
Aktiviti 2: Pascal’s Triangle (Diketuai oleh: Dr. Mohammad Hasan Abdul Sathar)
Aktiviti 3: Crack the Code! (Diketuai oleh: Dr. Mohd. Ezad Hafidz Hafidzuddin)
Para pelajar sangat teruja dan bersungguh-sungguh bermain permainan matematik bagi merebut hadiah yang disediakan. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.
Seterusnya, program diisi dengan sesi taklimat promosi kemasukan ke Program Asasi Sains Pertanian yang disampaikan oleh Encik Ahmad Nazri Mohamad Som. Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan tentang syarat-syarat kemasukan dan struktur pengajian Program Asasi Sains Pertanian serta program pengajian yang ditawarkan oleh UPM di peringkat diploma dan sarjana muda untuk semua pelajar sekolah.
Turut serta bersama-sama dalam program ini ialah seorang bekas pelajar terbaik SPM 2022 SMK Malim, Adam Aisar Mohd Fauzi. Beliau juga merupakan pelajar ASPer-19. Kami bawakan beliau untuk berkongsi ilmu dan pengalaman sebagai pelajar di ASPutra. Beliau bukan sahaja cemerlang di SMK Malim, malah beliau juga cemerlang dalam pengajian beliau di ASPutra. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang dikongsikan dalam slot Sharing Session dapat menyuntik semangat para pelajar supaya lebih bermotivasi untuk cemerlang dalam pelajaran.
Tahniah diucapkan kepada para pelajar SMK Malim, Melaka atas komitmen dan usaha anda semua. Didoakan semoga berjaya, cemerlang dan terbilang dalam peperiksaan SPM 2024 yang bakal diduduki tidak lama lagi. Semoga hubungan baik antara SMK Malim dan Pusat Asasi Sains UPM dapat diteruskan pada masa hadapan demi manfaat bersama.
Disediakan oleh,
Wan Nur Atikah Wan Mohd Adnan
Pengerusi Program Smart Tour 2.0
Tarikh Input: 11/07/2024 | Kemaskini: 11/07/2024 | hasniah
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor
Hotline : 011-39659550