Disediakan oleh: Dr. Siti Nor Ani Azman
Pada Jumaat, 23 September 2022 (Jumaat) lalu, Jawatankuasa Penerbitan dan Penyelidikan Asper telah menganjurkan webinar bertajuk “Tip and Tricks in Writing a Review Paper”. Webinar yang telah berlangsung selama satu jam setengah tersebut telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Azmin Mohamad dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Universiti Sains Malaysia. Webinar tersebut telah dipengerusikan oleh Dr. Sharudin Omar Baki dan dihadiri oleh 73 orang peserta yang terdiri daripada penyelidik dan pelajar pascasiswazah daripada Asper, PTJ lain di UPM dan agensi luar.
Dalam webinar tersebut Prof. Madya Dr. Ahmad Azmin Mohamad berkongsi tentang pengalaman beliau yang telah berjaya menerbitkan lebih daripada 10 artikel review berimpak tinggi serta perkara yang perlu diambil kira untuk menerbitkan artikel Review. Di antara perkara yang penulis perlu ambil tahu tentang penulisan artikel review adalah; i) jenis-jenis artikel review (seperti critical review, technical review); format artikel review (seperti mini review, short review, brief review dan communicative review). Seterusnya, beliau juga berkongsi tentang cara dan strategi berkesan untuk menjadi penulis review yang berjaya, antaranya:
Selain itu, Prof. Madya Dr. Ahmad Azmin Mohamad juga menyatakan kepentingan untuk pelajar pascasiswazah menulis artikel review sebagai salah satu cara untuk mengumpul maklumat yang akan membantu dalam peperiksaan akhir (atau viva voce) pengajian mereka. Berbeza pula kepada penyelidik, penulisan artikel review dapat dimulakan dengan menulis catatan perjalanan serta pengalaman sepanjang pengajian mereka yang terdahulu. Langkah ini seterusnya dapat memberi idea untuk mengembangkan lagi bidang kajian serta mempromosi kepakaran seseorang penyelidik.
Diharapkan program ini dapat memberikan manfaat kepada para penyelidik ASPer dan semua pelajar yang menyertainya. Semoga para penyelidik ASPer dapat menghasilkan lebih banyak kertas penerbitan dalam bentuk review ini bagi meningkatkan reputasi UPM sebagai universiti penyelidikan yang kekal cemerlang dan menyumbang kepada pengetahuan manusia sejagat.
Gambar 1. Webinar Tips and Tricks in Writing Review Paper telah dilaksanakan melalui platform ZOOM
Tarikh Input: 06/10/2022 | Kemaskini: 06/10/2022 | hasniah
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor
Hotline : 011-39659550