Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat ASPer 2019 | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat ASPer 2019

Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat ASPer 2019

Bermula 19 Ogos hingga 30 Ogos 2019, bertempat di sekitar kampus UPM Serdang, Pusat Asasi Sains Pertanian telah melaksanakan sambutan bulan kemerdekaan peringkat ASPer. Pelbagai acara telah dipertandingkan dan dilaksanakan bagi menyemarakan semangat kemerdekaan di kalangan pelajar dan staf.  

Program Kemerdekaan Sempena Minggu Sambutan Kemerdekaan 2019 merupakan acara tahunan yang di laksanakan mulai tahun 2018. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan sepanjang bulan kemerdekan dan semua aktiviti ini terbuka kepada semua staf dan pelajar Program Asasi Sains Pertanian.

Bagi tahun 2019, semua aktiviti telah dilaksanakan bermula pada 19 hingga 30 Ogos bertempat di Kolej kediaman dan di Pusat Asasi Sains Pertanian UPM.

Jadual Aktiviti

Tarikh  : 19-20 Ogos 2019 (Isnin – Rabu) 8.00-10mlm
- Pertandingan Debat Kemerdekaan Ala Parlimen

Tarikh: 21 Ogos 2019 (Rabu)10.00 pg.
- Pertandingan pidato kemerdekaan (sesi 1)
1.00 ptg.
- Pertandingan pidato kemerdekaan (sesi 2)
Tarikh: 22 Ogos 2019 (Khamis)10.00 pg.
- Pertandingan deklamasi sajak (sesi 1)
1.00 ptg.
- Pertandingan deklamasi sajak (sesi 2)
Tarikh: 26 Ogos 2019 (Isnin)10.00 pg.
- Pertandingan nyayian lagu tema kemerdekaan (sesi 1)
Tarikh: 27 Ogos 2019 (Selasa)10.00 pg.
- Pertandingan nyayian lagu tema kemerdekaan (sesi 2)
Tarikh: 28 Ogos 2019 (Rabu)10.00 pg.
- Pertandingan nyayian lagu tema kemerdekaan (sesi 3)
Tarikh: 29 Ogos 2019 (Khamis)10.00 pg.
- Pertandingan pakaian tema kemerdekaan (sesi 1)
1.00 ptg.
- Keputusan pertandingan
Tarikh: 30 Ogos 2019 (Jumaat)3.00 ptg.
- Kayuhan kemerdekaan

Aktiviti ini menyasarkan pelajar Asasi Sains Pertanian Sesi 2019/2020 yang terdiri daripada 874 orang dan 80 orang staf. Sasaran program ini telah tercapai dan mendapat sambutan menggalakan daripada semua pihak. Hampir 80% pelajar telah melibatkan diri dalam acara yang dipertandingkan.

Laporan Perjalanan Aktiviti

1.      Debat Kemerdekaan Ala Parlimen

 Acara debat yang dipertandingkan pada kali ini terdiri daripada Debat Bahasa Melayu dan Debat Bahasa Inggeris. Bagi Debat Bahasa Melayu 7 kumpulan telah mengambil bahagian terdiri daripada 28 orang pendebat. Acara bermula jam 8.00malam hingga 12.30 malam bertempat di Kolej 13 UPM. Begitu juga dengan Debat Bahasa Inggeris 6 kumpulan melibatkan 24 orang pelajar telah mendaftar dan pertandingang berlangsung ditempat serta masa yang sama.

Kaedah penjurian menggunakan sistem standard pertandingan Debat dan para pengadil yang merupakan sukarelawan dari kalangan staf serta alumni ASPer.

Bagi Debat Bahasa Melayu pemenang telah dinobatkan kepada pasukan dari kuliah 6 manakala bagi baib johan pula telah disandang oleh pasukan dari kuliah 10. Bagi Debat Bahasa Inggeris pula pemenang telah di nobatkan kepada pasukan dari kuliah 16 manakala naib johan adalah pasukan gabungan dari kuliah 7,12 dan 17.

 

 

  1. Pertandingan Pidato Kemerdekaan

Pertandingan Pidato Kemerdekaan telah di laksanakan pada 21 hb Ogos 2019 bertempat di Dataran Pusat Asasi Sains Pertanian. Acara berlangsung dalam 2 sesi dan melibatkan penyertaan seramai 13 orang peserta.

Setelah tamat sesi penjurian, maka 3 pemenang telah di senaraikan sebagai penerima hadiah ;

Tempat Pertama         : Sarah Edna binti Mohd Faisol (Kuliah 12) dengan markah 93.5%

Tempat Kedua             : Shagaan A/L Ganen Thrakumar (Kuliah 16) dengan markah 90%

Tempat Ketiga            : Zahil Lutfi bin Fitri (Kuliah 11) dengan markah 84%

                                   Effa Nurairin bt Salim (Kuliah 1) dengan markah 84%

 

 

Deklamasi Sajak

 

 Ativiti diteruskan pada 22 hb Ogos 2019 dengan Deklamasi Sajak Kemerdekaan. Dalam acara ini hamper semua kuliah telah mengambil bahagian dengan menghantar wakil bagi mendeklamasi sajak dengan tema kemerdekaan.

 

Hebat dan berbakat semua perserta mempersembahkan sajak dengan gaya tersendiri. Ada yang solo dan ada juga yang duo. Namun semua persembahan menusuk kalbu jika kita menghayati setiap bait kata yang disusun indah serta penuh makna tersirat dan tersurat.

    

Pemenang bagi acara ini telah diungguli oleh Muhammad Yusril Firdaus bin Faris manakan

tempat kedua pula disandang oleh Nuralia Danisha Bt Ibrahim dan Tempat ketiga disandang oleh Nurul Aisyah binti Mohamad Ishak.

 

Nyanyian lagu Patriotik

Acara yang dinantikan oleh semua pelajar iaitu Nyanyian Lagu Patriotik telah berlangsung pada 26 hingga 28 Ogos 2019 jam 10 hingga 11 pagi bertempat di Dataran PASP.

Acara ini disertai oleh semua kuliah dengan penyertaan melebihi 15 orang wakil dari setiap kuliah. Dengan penyertaan yang ramai maka acara ini menjadi acara paling meriah berikutan semua ahli kuliah turun untuk memberikan sokongan.

Jika dilihat secara kasar mungkin sesetengah pihak menganggap acara nyanyian ini tidak bermotif namun acara ini sebenarnya menjadi titik mula untuk menarik generasi strawberi yang celik dalam dunia IT dan gadjet ini untuk tahu dan menghayati lagu-lagu patriotik.

Persembahan dengan penuh penghayatan serta kreativiti menjadi titik tolak dalam penjurian acara ini. Justeru semua juri yang mengadili acara ini dilantik daripada para pensyarah yang berkebolehan.

Johan bagi nyanyian lagu patriotic di sandang oleh Kuliah 7 dengan markah 94%, tempat kedua disandang oleh kuliah 6 dengan markah sebanyak 92% dan tempat ketiga pula disandang oleh kuliah 9 dengan markah 83%.

 

  

Acara diterukan lagi dengan Pertandingan Pakaian Tema Kemerdekaan pada 29 Ogos 2019. Kali ini pelajar perlu berfikir di luar kotak, perlu kreativiti untuk memperagakan jenis pakaian yang menepati tema yang ditetapkan.

Pelbagai idea menarik telah dipersembahkan oleh para pelajar. Antaranya ada yang mereka cipta pakaian sendiri dan  ada yang berpakaian tradisional bangsa Malaysia. Ini lah yang kita mahukan agar generasi yang bakal menjadi pelapis masa akan datang. Mereka perlu mendefinisikan sendiri apa erti kemerdekaan daripada segenap sudut pemikiran. Mereka juga perlu mengetahui  dan jelas dengan sensitiviti, kebudayaan dan agama bangsa-bangsa Malaysia.

Untuk pertandingan ini kemenagan telah di sandang oleh Kuliah 8, tempat kedua kuliah 18 manakala tempat ketiga telah disandang oleh kuliah 9.

   

 Acara terakhir bagi Program Sambutan Bulan Kemerdekaan ini diteruskan pada 30 Ogos 2019 dengan aktiviti Berbasikal Ambang Merdeka. Kali ini staf dan pelajar terlibat dalam berbasikal mengeliliggi kampus UPM. Basikal yang digunakan adalah basikal dari Fakulti Sains UPM.

  

Kayuhan bermula jam 3.00petang dan berakhir pada jam 5.00petang. Semangat perlu ada dalam diri setiap dari kita rakyat Malaysia. Bersyukur dengan apa yang kita ada dan sentiasa berusaha kearah kegemilangan dengan cara dan acuan kita sendiri.

  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  1. Deklamasi Sajak

 

 

  1. Ativiti diteruskan pada 22 hb Ogos 2019 dengan Deklamasi Sajak Kemerdekaan. Dalam acara ini hamper semua kuliah telah mengambil bahagian dengan menghantar wakil bagi mendeklamasi sajak dengan tema kemerdekaan.

 

Hebat dan berbakat semua perserta mempersembahkan sajak dengan gaya tersendiri. Ada yang solo dan ada juga yang duo. Namun semua persembahan menusuk kalbu jika kita menghayati setiap bait kata yang disusun indah serta penuh makna tersirat dan tersurat.

 

Pemenang bagi acara ini telah diungguli oleh Muhammad Yusril Firdaus bin Faris manakan

tempat kedua pula disandang oleh Nuralia Danisha Bt Ibrahim dan Tempat ketiga disandang oleh Nurul Aisyah binti Mohamad Ishak.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  1. Acara yang dinantikan oleh semua pelajar iaitu Nyanyian Lagu Patriotik telah berlangsung pada 26 hingga 28 Ogos 2019 jam 10 hingga 11 pagi bertempat di Dataran PASP.

 

Acara ini disertai oleh semua kuliah dengan penyertaan melebihi 15 orang wakil dari setiap kuliah. Dengan penyertaan yang ramai maka acara ini menjadi acara paling meriah berikutan semua ahli kuliah turun untuk memberikan sokongan.

Jika dilihat secara kasar mungkin sesetengah pihak menganggap acara nyanyian ini tidak bermotif namun acara ini sebenarnya menjadi titik mula untuk menarik generasi strawberi yang celik dalam dunia IT dan gadjet ini untuk tahu dan menghayati lagu-lagu patriotik.

 

Persembahan dengan penuh penghayatan serta kreativiti menjadi titik tolak dalam penjurian acara ini. Justeru semua juri yang mengadili acara ini dilantik daripada para pensyarah yang berkebolehan.

 

Johan bagi nyanyian lagu patriotic di sandang oleh Kuliah 7 dengan markah 94%, tempat kedua disandang oleh kuliah 6 dengan markah sebanyak 92% dan tempat ketiga pula disandang oleh kuliah 9 dengan markah 83%.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  1. Acara diterukan lagi dengan Pertandingan Pakaian Tema Kemerdekaan pada 29 Ogos 2019. Kali ini pelajar perlu berfikir di luar kotak, perlu kreativiti untuk memperagakan jenis pakaian yang menepati tema yang ditetapkan.

 

Pelbagai idea menarik telah dipersembahkan oleh para pelajar. Antaranya ada yang mereka cipta pakaian sendiri dan  ada yang berpakaian tradisional bangsa Malaysia. Ini lah yang kita mahukan agar generasi yang bakal menjadi pelapis masa akan datang. Mereka perlu mendefinisikan sendiri apa erti kemerdekaan daripada segenap sudut pemikiran. Mereka juga perlu mengetahui  dan jelas dengan sensitiviti, kebudayaan dan agama bangsa-bangsa Malaysia.

 

Untuk pertandingan ini kemenagan telah di sandang oleh Kuliah 8, tempat kedua kuliah 18 manakala tempat ketiga telah disandang oleh kuliah 9.

 

 

 

 

 

  1. Acara terakhir bagi Program Sambutan Bulan Kemerdekaan ini diteruskan pada 30 Ogos 2019 dengan aktiviti Berbasikal Ambang Merdeka. Kali ini staf dan pelajar terlibat dalam berbasikal mengeliliggi kampus UPM. Basikal yang digunakan adalah basikal dari Fakulti Sains UPM.

 

 

 

 

Kayuhan bermula jam 3.00petang dan berakhir pada jam 5.00petang. Semangat perlu ada dalam diri setiap dari kita rakyat Malaysia. Bersyukur dengan apa yang kita ada dan sentiasa berusaha kearah kegemilangan dengan cara dan acuan kita sendiri.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 11/10/2019 | Kemaskini: 15/10/2019 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEUWAA~