SAMBUTAN MAULIDURRASUL 2019 PERINGKAT ASASI SAINS PERTANIAN UPM | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » SAMBUTAN MAULIDURRASUL 2019 PERINGKAT ASASI SAINS PERTANIAN UPM

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 2019 PERINGKAT ASASI SAINS PERTANIAN UPM

Tanggal 13 November 2019 (Rabu) telah berlangsungnya satu Majlis Sambutan Maulidul Rasul 1441H peringkat ASPer bertempat di bilik seminar. Objektif majlis ini diadakan ialah 1. Menyuburkan rasa cinta terhadap Rasulullah SAW dalam kalangan staf PASP,

2. Mengambil ibrah tentang pengorbanan Rasulullah dan kasih saying Rasulullah terhadap     umatnya dan

3. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara staf PASP.

Beberapa program telah dilaksanakan antaranya penceritaan kisah Rasulullah, majlis selawat dan pertandingan nasyid antara unit. Pertandingan nasyid telah disertai oleh tujuh (7) unit iaitu unit makmal sains, unit pengurusan dan lima (5) unit akademik terdiri daripada unit fizik, kimia, matematik, pertanian dan biologi.

 

Pertandingan nasyid telah diadili oleh dua (2) juri hakim professional iaitu Saudara Abdul Hadi dari kumpulan Nahwan Nur dan Hj Amran (Timb Pendaftar). Unit makmal telah menjadi juara bagi pertandingan tersebut diikuti unit fizik serta unit pengurusan di tempat ketiga.

Majlis telah diakhiri dengan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan jamuan makan yang disumbangkan oleh gabungan staf Pusat Asasi Sains Pertanian. Program ini dilihat telah berjaya mengumpulkan hampir 90peratus penglibatan staf PASP dan berjaya mencapai objektif yang digariskan. Semoga program ini akan menjadi acara tahunan PASP di masa akan datang.

Tarikh Input: 14/11/2019 | Kemaskini: 26/11/2019 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEaNA6~