SERDANG, 3 Feb - Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia (ASPutra) telah menganjurkan Orange Day x Spirit Week ASPer20 pada 3 Februari 2025 bertempat di Dataran Asasi 1, ASPutra. Program ini kesinambungan daripada Sambutan Tahun Baru Cina yang bermula pada 29 Januari 2025 yang lalu.
Sambutan ini bertujuan untuk memyediakan medium kepada pelajar untuk terlibat dalam aktiviti perpaduan kaum serta menghargai kepelbagaian budaya dan meningkatkan kesedaran bagi menghormati adat dan kepercayaan budaya Cina di Malaysia. Selain itu, sambutan Orange Day x Spirit Week ASPer20 juga menyasarkan penglibatan warga ASPutra secara menyeluruh dan berjaya mencapai 400 orang penglibatan dalam kalangan pelajar ASPer20 serta 30 orang penglibatan dalam kalangan staf ASPutra.
Sambutan Orange Day x Spirit Week ASPer20 ini dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Pengarah ASPutra, Prof. Madya Dr. Marina binti Mohd. Top @ Mohd. Tah dan seterusnya beliau menyempurnakan gimik perasmian sambutan bersama Timbalan Pengarah 1 ASPutra, Prof. Madya. Dr. Noor Azmi bin Shaharuddin dan Timbalan Pengarah 2 ASPutra, Dr. Muhammad Alif Mohammad Latif dengan letupan mercun papan yang menjadi simbolik Sambutan Tahun Baru Cina. Seterusnya, sambutan ini dilengkapkan dengan pemberian buah oren kepada tetamu-tetamu kehormat serta warga ASPutra yang lain. Sambutan Orange Day x Spirit Week ASPer20 diakhiri dengan sesi fotografi bersama seluruh warga ASPutra sebagai tanda kenang-kenangan.
Sesi fotografi warga ASPutra sempena sambutan Orange Day x Spirit Week ASPer20
Sekitar suasana sesi fotografi bersama warga ASPutra
Sesi gimik yang disempurnakan oleh barisan pengurusan ASPutra iaitu YBrs. Prof. Madya Dr. Marina binti Mohd. Top @ Mohd. Tah (tengah) bersama Timbalan Pengarah 1 ASPutra, Prof. Madya. Dr. Noor Azmi bin Shaharuddin (dua dari kiri) dan Timbalan Pengarah 2 ASPutra, Dr. Muhammad Alif Mohammad Latif (kiri).
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sambutan Orange Day x Spirit Week ASPer20 dan semoga sambutan ini dapat memberi manfaat kepada seluruh warga ASPutra serta terus memupuk masyarakat Malaysia yang harmoni.
Disediakan oleh,
Daniesh Aqashah bin Hashimi
Tarikh Input: 06/02/2025 | Kemaskini: 06/02/2025 | hasniah
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor
Hotline : 011-39659550