Smart Sharing Dan Smart Score Bantu Pelajar Pilih Program Ijazah | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Smart Sharing dan Smart Score Bantu Pelajar Pilih Program Ijazah

Smart Sharing dan Smart Score Bantu Pelajar Pilih Program Ijazah

Putrajaya, 2 Mac 2019, Seramai hampir 140 orang pelajar dan staf Pusat Asasi Sains Pertanian telah bersama-sama menjayakan Program Menggilap Permata Siri 1/2019.

Program bermula jam 8.30pagi di Taman Saujana Hijau Presint 11, Putrajaya. Para pelajar telah dipecahkan kepada 19 kumpulan kecil dengan setiap kumpulan mempunyai seorang fasilitator bagi mengendalikan modul sesi.

Selain memberi pendedahan tentang teknik untuk mensasarkan pencapaian pelajar juga diberi kesempatan untuk berkongsi apa jua pengalaman bersama rakan-rakan. Tujuan kebanyakan aktiviti yang dilaksanakan adalah bagi membantu pelajar untuk meningkatkan pencapaian mereka serta memberi panduan untuk pemilihan program ijazah.

Dengan keindahan pemandangan dan ketenangan persekitaran, pelajar juga diharap dapat memberi tumpuan penuh kepada perbincangan dan aktiviti yang dilaksanakan.

Tarikh Input: 04/03/2019 | Kemaskini: 20/11/2019 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEZUAn~