Sukan Asasi Malaysia 2025: ASPutra Percaya, ASPutra Berjaya! | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Sukan Asasi Malaysia 2025: ASPutra Percaya, ASPutra Berjaya!

Sukan Asasi Malaysia 2025: ASPutra Percaya, ASPutra Berjaya!

Kejohanan Sukan Asasi Malaysia anjuran Majlis Dekan/Pengarah Asasi Universiti Awam adalah program tahunan yang dilaksanakan. Pada edisi Sukan Asasi Malaysia 2025 yang ke-8, Universiti Malaysia Terengganu telah terpilih sebagai tuan rumah. Kejohanan ini berlangsung selama 3 hari bermula dari 7-9 Februari 2025. Sukan ini melibatkan 15 kontinjen daripada asasi universiti awam, asasi politeknik dan kolej matrikulasi.

Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia (ASPutra) mengambil langkah proaktif dengan menyertai kejohanan Sukan Asasi Malaysia 2025 ini. Seramai 104 pelajar ASPer telah terpilih sebagai atlet untuk mewakili acara olahraga, ragbi, badminton, dart, futsal, bola tampar, bola jaring, orienteering, e-chess, e-sport MLBB dan PUBG. Turut serta juga seramai 25 staf ASPutra dan 8 jurulatih terlibat untuk membimbing atlet ASPutra ke Sukan Asasi Malaysia 2025.

Pada edisi sukan kali ini, ASPutra telah berjaya merangkul 5 pingat perak dan 3 pingat gangsa dan meletakkan ASPutra di kedudukan yang ke-8 secara keseluruhan. Pingat perak tersebut telah berjaya di ambil daripada acara orienteering berkumpulan Wanita, dart individu wanita, dart berkumpulan lelaki, futsal dan e-chess berkumpulan lelaki. Manakala pingat gangsa telah berjaya di ambil daripada acara e-chess individu lelaki, dart individu lelaki dan e-sport PUBG.

Gambar 1: Majlis Amanat Pengarah bersama Kontinjen ASPutra ke SAM2025

Gambar 2: Kutipan Pingat Sukan Asasi Malaysia 2025

Gambar 2: Kontinjen ASPutra di Sukan Asasi Malaysia 2025

Kejayaan atlet ASPutra pada edisi sukan kali ini adalah di sebabkan disiplin dan semangat yang ditunjukkan oleh semua atlef, staf dan jurulatih. Semoga ASPutra kekal cemerlang di dalam sukan akan datang.

Disediakan oleh,
Mohamad Najib Bin Ab Aziz
Penyelaras SAM2025

Tarikh Input: 13/02/2025 | Kemaskini: 13/02/2025 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
S.2025/3/17:1:52:55~noCache