Sumbangan Bakul Kasih ASper 2021 Sempena Ramadhan | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Sumbangan Bakul Kasih ASper 2021 Sempena Ramadhan

Sumbangan Bakul Kasih ASper 2021 Sempena Ramadhan

Pada 12 April 2021 menyaksikan berlangsungnya Majlis Penyerahan Sumbangan Bakul Kasih Asper 2021 bersempena dengan bulan Ramadhan. Majlis ini telah diadakan di Kolej Pendeta Za'ba, UPM pada jam 10 pagi.

Antara objektif penganjuran program ini adalah untuk menyantuni para pelajar ASPer Semester 2 Sesi 2020/2021 yang telah kembali ke kampus bagi tujuan PDP secara hibrid.

Sebagai meraikan para pelajar, majlis telah diserikan dengan kehadiran Timbalan Pengarah II Pusat Asasi Sains Pertanian, Prof. Madya Dr. Norfifah Bachok@Lati. Beliau telah menyampaikan 775 bag yang mengandungi kurma, minuman 3 dalam 1 dan biskut kepada pelajar.

Selain itu, pek McDonald's juga turut diedarkan kepada setiap pelajar.

Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih pepada para penyumbang yang terdiri daripada staf PASP, alumni, masyarakat setempat, NGO dan syarikat seperti EMRAZ dan McDonald's.

Tarikh Input: 06/05/2021 | Kemaskini: 22/09/2022 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEdIAc~