Sumbangan Kelab Kebajikan Pejabat Bendahari UPM | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Sumbangan Kelab Kebajikan Pejabat Bendahari UPM

Sumbangan Kelab Kebajikan Pejabat Bendahari UPM

Serdang, 8 Julai 2021, Seramai hampir 300 orang pelajar Asasi Sains Pertanian yang masih di kolej disebabkan pengumuman PKP dan PKPD telah menerima sumbangan daripada pihak Kelab Kebajikan Pejabat Bendahari UPM.

Sumbangan telah diuruskan oleh pihak Seksyen Kebajikan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM. Edaran makanan telah bermula jam 7 malam bertempat di kolej kediaman dan pihak kolej turut serta membantu proses agihan bagi memastikan tiada pelanggraran SOP berlaku.

Rata-rata pelajar yang ditemubual menyatakan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang yang sudi menyantuni mereka dan menyedikan makan malam yang sangat sedap.

Pihak PASP juga turut merakam ucapan ribuan terima kasih kepada Kelab Kebajikan Pejabat Bendahari di atas sumbangan yang telah disampaikan.

Tarikh Input: 10/07/2021 | Kemaskini: 07/10/2021 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEdDAA~