The 7th Strategic Educational Alliance of South-East Asia SEA2 Conference 2024 21 – 22 Oktober 2024 Zoom Meetings |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
LATAR BELAKANG |
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pada 21 dan 22 Oktober 2024, Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia (ASPutra) telah bekerjasama dengan Sekolah Tun Fatimah (STF), Johor Bahru dalam menganjurkan “The 7th Strategic Educational Alliance of South-East Asia SEA2 Conference 2024” (SEA2 2024). Seramai 59 orang perserta yang terdiri daripada guru dan pelajar dari sekolah bersekutu telah menyertai program ini. Antara sekolah yang terlibat adalah Sekolah Tun Fatimah dan Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah dari Malaysia, Sekolah Indonesia Singapura, Nanyang Girls High School dan Hwa Chong Institution dari Singapura, Assumption College dari Filipina, Strisuksa Roi Et School dari Thailand, Ha Noi Amsterdam School dari Vietnam, Jakarta Nanyang School dan Sekolah Darma Yudha dari Indonesia, dan Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan dari Brunei.
SEA2 “Strategic Educational Alliance of Southeast Asia” diasaskan oleh Nanyang Girls High School, Singapura pada tahun 2014 dan dianggotai oleh sebelas buah sekolah dari negara-negara ASEAN; iaitu, Singapura, Malaysia, Vietnam, Thailand, Brunei, Indonesia dan Filipina. Program kali ini adalah edisi ketujuh yang mana tuan rumah merupakan Sekolah Tun Fatimah (STF). Merujuk kepada surat jemputan bertarikh 2 April 2024, Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia (ASPutra) telah bersetuju untuk bekerjasama dengan STF dalam menganjurkan program ini.
OBJEKTIF PROGRAM
|
Tarikh Input: 20/11/2024 | Kemaskini: 20/11/2024 | hasniah
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor
Hotline : 011-39659550