Vortex 3D@AR Di PITRAM 2025 | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Vortex 3D@AR di PITRAM 2025

Vortex 3D@AR di PITRAM 2025

KUALA TERENGGANU, 23 Februari 2025 – PITRAM 2025 yang berlangsung di Universiti Sultan Zainal Abidin(UniSZA) merupakan Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia 2025 yang dilaksanakan pada setiap tahun. Unit Matematik ASPutra telah menghantar satu pasukan bagi menyertai perrtandingan ini. Pasukan yang diketuai oleh Puan Nurul Amira Aslan turut disertai oleh lagi 4 orang ahli iaitu Dr. Khairunnisak Muhammad, Puan Nur Syazana Rashid, Puan Munirah Kamal dan Encik Muhammad Khairul Jauhari Othman.

Pasukan ini telah memperkenalkan satu inovasi baru dalam pengajaran Matematik di ASPutra yang bertajuk Vortex 3D@AR: Inovasi Pengajaran Isipadu Pepejal Putaran Dalam Era Realiti Terimbuh Untuk Pembelajaran Abad ke-21. Inovasi ini adalah bertujuan untuk membantu pelajar memahami konsep abstrak Isipadu Pepejal Putaran, menilai keberkesanan Vortex 3D@AR dalam penyelesaian masalah berkaitan topik tersebut, serta mengkaji peningkatan minat, motivasi, dan rasa ingin tahu mereka terhadap Matematik.

Hasil dapatan kajian telah menunjukkan bahawa kemampuan pelajar untuk menyelesaikan masalah Isipadu Pepejal Putaran meningkat selepas intervensi menggunakan kaedah Vortex 3D@AR dan terdapat peningkatan minat, motivasi, serta rasa ingin tahu mereka terhadap Matematik.

Pasukan ini telah menerima anugerah pingat gangsa dalam pertandingan ini. Diharapkan Unit Matematik ASPutra akan dapat menghasilkan lebih banyak inovasi pengajaran pada masa akan datang bagi menyokong transformasi pendidikan yang lebih inovatif, selaras dengan visi Revolusi Industri 5.0, serta memberikan sumbangan penting kepada inovasi dalam pendidikan Matematik.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Disediakan oleh,

Nur Syazana binti Rashid

 

Tarikh Input: 17/04/2025 | Kemaskini: 17/04/2025 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
F, (05:54:15am-05:59:15am, 07 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]