Soalan Lazim | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» Soalan Lazim

Soalan Lazim



Kenapa memilih Program Asasi Sains Pertanian?


Program Asasi Sains Pertanian adalah satu program pra-ijazah yang sangat unik kerana ia adalah satu-satunya Program Asasi Sains  yang terdapat di Malaysia. Melalui program ini, pelajar akan didedahkan dengan ilmu asas sains dan pertanian sebagai persediaan kepada pelajar terbabit sebelum meneruskan pengajian ke peringkat ijazah dalam bidang pertanian, agro-bio dan sains serta pelbagai bidang pengajian di UPM. Graduan Program Asasi Sains Pertanian ini juga adalah DIJAMIN untuk meneruskan pengajian ke peringkat ijazah di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang sekiranya berjaya lulus dengan baik.


Apakah perbezaan antara Program Asasi Sains Pertanian berbanding program matrikulasi?

Program Asasi Sains Pertanian dilaksanakan dalam dua (2) semester pengajian setahun berbanding program matrikulasi yang hanya DUA (2) semester dan terdapat juga yang empat (4) semester. Selain itu, sistem pengajaran dan pembelajaran asasi lebih menghampiri kepada sistem pengajaran dan pembelajaran pelajar diploma dan ijazah di UPM. Pelajar Program Asasi Sains Pertanian juga akan didedahkan dengan persekitaran dan suasana pembelajaran universiti bagi membiasakan mereka dengan sistem yang terdapat di uiversiti apabila meneruskan pengajian ke peringkat ijazah kelak.



Apakah bentuk pembiayaan yang disediakan kepada pelajar Program Asasi Sains Pertanian?


Pelajar-pelajar yang berjaya memasuki program ini dan tergolong dalam kategori B40/M40 akan  dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Antara bentuk pembiayaan yang diberikan adalah seperti berikut:

  • Yuran Pengajian
  • Yuran Asrama
  • Elaun Wang Saku
  • Tiket penerbangan 1 kali pergi balik (bagi pelajar dari Sabah dan Sarawak)

Walau bagaimanapun, pelajar Program Asasi Sains Pertanian adalah TIDAK DIBENARKAN untuk tinggal di rumah masing-masing (bagi yang tinggal berdekatan dengan kampus UPM Serdang) sepanjang tempoh pengajian di sini.



Bagaimanakah cara memohon dan bilakah permohonan dibuka?
Pelajar lepasan SPM tahun semasa boleh membuat permohonan selepas iklan pembukaan sistem permohonan kemasukan ke IPTA dibuka.

Pelajar perlu membeli pin no. untuk tujuan mengakses sistem upu online dan meneruskan proses permohonan.
Permohonan kemasukan ke Program Asasi Sains Pertanian hendaklah dibuat secara atas-talian (online) di laman sesawang Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Untuk keterangan lanjut :

Telefon:603 8883 5801/5802
Faksimili:603 8889 4260
Emel:upu@mohe.gov.my
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia akan mengumumkan maklumat mengenai prosedur permohonan di akhbar tempatan pada awal bulan Februari.

* Nombor tel yang tertera adalah tertakluk kepada perubahan.


Siapakah yang boleh memohon untuk mengikuti pengajian ini?


Semua pelajar lepasan SPM tahun semasa aliran sains atau setaraf yang mempunyai kelulusan seperti berikut:

Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian (Gred C) termasuk Bahasa Melayu.

    1. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran Biology, Chemistry, Mathematics dan Additional Mathematics;


    1. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam SALAH SATU (1) daripada mata pelajaran berikut:
      • Physics
      • Sains Pertanian
      • Pengajian Agroteknologi

DAN


  1. Kepujian (Gred C+) dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.



Berapa lamakah tempoh pengajian ini dan apakah kandungan kursus yang ditawarkan?


Program Asasi Sains Pertanian ini dijalankan selama dua (2) semester (1 tahun) iaitu selama 18 minggu bagi setiap semester dalam satu kalendar akademik.

Sistem semester yang diaplikasikan adalah 18-1-1 iaitu EMPAT BELAS (18) minggu sesi kuliah, SATU (1) minggu cuti ulangkaji dan SATU (1) minggu untuk peperiksaan akhir.

Setiap pelajar dikehendaki mengambil sebanyak 28 jam kredit kursus bagi semester pertama dan semester kedua serta 17 jam kredit pada semester ketiga yang terdiri daripada ENAM (6) mata pelajaran bagi setiap semester. Secara keseluruhan, pelajar Program Asasi Sains Pertanian mesti menghabiskan sebanyak 53 jam kredit untuk menamatkan pengajian di Pusat Asasi Sains Pertanian ini.

Apakah program peringkat ijazah yang boleh diikuti setelah tamat pengajian dalam program ini?

Terdapat sebanyak EMPAT PULUH SATU (41) program ijazah di UPM yang boleh diikuti oleh pelajar setelah tamat pengajian Program Asasi Sains Pertanian. Kesemua program ijazah ini ditawarkan di SEBELAS (11) buah fakulti di UPM Serdang.

Pilihan program ijazah yang ingin diikuti oleh setiap pelajar adalah PILIHAN SENDIRI pelajar terbabit. Walau bagaimanapun, pelajar mesti memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan oleh setiap fakulti yang dipilih.

Di manakah pelajar Program Asasi Sains Pertanian ini belajar?

Secara umumnya, pelajar Program Asasi Sains Pertanian akan belajar di kampus UPM Serdang. Pusat Asasi Sains Pertanian beroperasi di Blok D, Bangunan Kejuruteraan Lama, UPM Serdang yang terletak bersebelahan dengan Institut Teknologi Maju dan Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul.

Untuk penginapan pula, pelajar Program Asasi Sains Pertanian akan tinggal di Kolej Tiga Belas (K13) yang terletak berhampiran dengan Pusat Kesihatan Universiti.



Apakah kemudahan yang disediakan kepada pelajar Program Asasi Sains Pertanian?


Untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, Pusat Asasi Sains Pertanian mempunyai 3 buah bilik kuliah yang boleh menampung seramai 50 orang, 9 makmal untuk amali Biologi, Kimia dan Fizik (3 makmal untuk setiap subjek), 1 Bilik Bacaan, 1 Bilik Komputer yang berkapasiti 20 orang, 1 bilik tutorial, serta surau untuk kegunaan warga ASPer UPM.

Segala kemudahan yang disediakan mampu memberi keselesaan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

 

Kemaskini:: 06/08/2019 [hasniah]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXDTMAS~