Seminar Research @ASPer Series 2 (Taklimat Harta Intelek) | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» ASPUTRA ACTIVITIES » Staff » Seminar Research @ASPer Series 2 (Taklimat Harta Intelek)

Seminar Research @ASPer Series 2 (Taklimat Harta Intelek)

Seminar Research @ASPer Series 2 (Taklimat Harta Intelek)
Disediakan oleh: Prof. Madya Dr. Siti Nurul Ain Md. Jamil

Tarikh: 12 Mei 2023 (Jumaat)
Masa: 2.45 – 5.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat 1, Pusat Asasi Sains Pertanian

Taklimat Harta Intelek telah berjaya dilaksanakan pada 12 Mei 2023 (Jumaat) di Bilik
Mesyuarat Asasi 1 pada jam 2.45 hingga 5.00 petang.

Taklimat berkaitan harta intelek disampaikan oleh Prof. Dr. Rusmawati Said (Timbalan Pengarah, Bahagian Harta Intelek)
dibantu oleh Puan Ashida Othman dari Putra Science Park (PSP). Prof. Madya Dr. Siti Nurul Ain Md. Jamil (Timbalan Pengarah I, ASPer) bertindak sebagai moderator taklimat tersebut.
Taklimat ini dihadiri oleh para penyelidik di ASPer bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan pelbagai jenis harta intelek yang boleh dimohon dengan sokongan pihak PSP.
Prof. Dr. Rusmawati telah berkongsikan pelbagai maklumat berguna tentang cara permohonan, cara merancang untuk memohon harta intelek, contoh-contoh harta intelek
dalam UPM dan pelbagai lagi informasi berguna. Diharapkan program ini telah memberikan manfaat serta membuka lebih banyak peluang untuk para penyelidik ASPer memohon harta intelek untuk kecemerlangan dalam penyelidikan di UPM.

Updated:: 25/05/2023 [hasniah]

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXFRWAS~