AKTIVITI EKSA 2023 | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» AKTIVITI EKSA 2023

AKTIVITI EKSA 2023

  • PERTANDINGAN PROJEK KHAS EKSA 2023

    Pertandingan Projek EKSA 2023 buat julung kalinya diperkenalkan untuk memupuk semangat pembudayaan EKSA di ASPutra. Projek khas yang layak dipertandingkan adalah seperti membuat mural/doodles, projek kitar semula, laman hijau ataupun sistem yang boleh membantu meningkatkan mutu kerja di ASPutra.

    Tiga (3) penyertaan daripada 3 zon telah didaftarkan untuk memasuki pertandingan projek khas EKSA di mana setiap zon telah bertungkus-lumus menyiapkan projek khas masing-masing mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.

    Penilaian projek telah dijalankan pada 30 Ogos 2023 (Rabu) oleh auditor EKSA ASPutra yang terdiri daripada Puan Hasniah Hamid, Dr. Nur Hana Faujan dan Cik Erra Noorfazira Bandong.

    Pemenang pertama projek khas EKSA telah dimenangi oleh Zon Pejabat Am (kini dikenali sebagai Zon Pentadbiran) dengan tajuk projek Peti Surat Comel, diikuti tempat kedua oleh Zon Makmal dengan tajuk projek Pikir Dulu Sebelum Buang dan tempat ketiga oleh Zon Bilik Staf dengan tajuk projek Make - Do Pigeon Hole.  Semua pemenang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM300.00 tempat pertama, RM200.00 tempat kedua dan RM100.00 tempat ketiga berserta sijil.

    Projek khas EKSA yang dihasilkan telah memupuk inovasi di kalangan staf ASPutra dengan menggunakan barang terbuang yang dikitar semula. Kreativiti yang dihasilkan memberi inspirasi kepada warga ASPutra seluruhnya untuk menghasilkan lebih banyak inovasi sekaligus memberi nilai tambah dalam pengurusan laman hijau. Syabas diucapkan kepada semua!!

    ZON PEJABAT AM

ZON MAKMAL

ZON BILIK STAF

PEMENANG 

Tempat Pertama - Zon Pentadbiran

 

LAWATAN PENANDA ARAS WAKIL AJK EKSA PASP KE IBS

Pada Jumaat, 21 Julai 2023 yang lalu pihak Pusat Asasi Sains Pertanian telah menghantar 10 orang wakil AJK Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang di pengerusi oleh Tn. Haji Mat Razi Abdullah, Pn. Shaerin Azlin Ab Rahman selaku penyelaras EKSA dan bersama beberapa staf PASP yang terdiri dari staf pejabat am, staf unit makmal serta Pegawai Perkhidmatan Pendidikan mengadakan lawatan penanda aras ke Institut Biosains (IBS) UPM. Lawatan selama dua jam yang bermula pada pukul 9.30 pagi dan di sambut oleh Puan Farah Deena Zainol yang merupakan Penyelaras EKSA di IBS.

IBS dipilih menjadi penanda aras kerana telah menjadi salah satu Pusat Tanggung Jawab (PTJ) yang diiktiraf oleh UPM bagi amalan EKSA yang cemerlang. Lawatan ini adalah bertujuan untuk memberikan idea dan gambaran yang lebih luas serta memberi dorongan positif kepada wakil EKSA PASP bagi meneruskan amalan EKSA di PASP.

Pengamalan EKSA dilaksanakan bagi menambahbaik peningkatan kualiti dan produktiviti perkhidmatan dengan persekitaran tempat kerja yang kondusif. Amalan ini akan menjadikan perlaksanaan tugas menjadi lebih cekap dan berkesan sambil mewujudkan budaya kerja urus tadbir dan membina budaya kerjasama yang cemerlang.

Video Lawatan 

Updated:: 20/04/2026 [hasniah]

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
W, (04:47:36pm-04:52:36pm, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]