Audit Kendiri EKSA 2024
18 Jan 2024, telah berlangsung Audit Kendiri ASPutra mulai jam 9pagi hingga 1.00petang. Sesi audit telah dilaksanakan oleh 2 orang juru audit iaitu ;Pn. Maznur Nazila Moin dan Pn. Sabariah Nik.
![]() |
![]() |
Bermula dengan pembukaan audit oleh Tn. Hj. Mat Razi Abdullah pada jam 9pagi dan diteruskan dengan sesi audit mengikut lokasi Zon EKSA serta persekitaran ASPutra. Bagi memudahkan sesi pengauditan pihak ASPutra telah menugaskan dua orang pengiring iaitu Pn. Nazariah Abdullah (Setiausaha EKSA ASPutra) dan Pn. Noorliana Sulaiman (Ketua Zon EKSA Makmal).
Hasil audit kali ini mendapati beberapa kelebihan dan kekuatan yang perlu diberi perhatian oleh semua staf ASPutra. Antaranya adalah komitmen, aktiviti , kreativiti dan kebersihan serta keseragaman. Namun beberapa kriteria juga perlu ditambah baik seperti di lokasi-lokasi khas perlu diseragam kan dari segi label, kawalan dan kaedah operasi bagi memudahkan pengganti apabila PYB lokasi bercuti atau tiada.
![]() |
![]() |
Tahniah diucapkan kepada semua staf ASPutra di atas komitmen yang sangat baik ke arah pelaksanaan pembudayaan EKSA. Terima kasih juga diucapkan kepada juru audit bertugas yang telah bertungkus lumus mengaudit ASPutra.
Disediakan oleh:
Hasniah Hamid
Ketua JK Audit EKSA
ASPutra
| KEMPEN PENJIMATAN AIR DAN ELETRIK |
![]() |
![]() |
LAWATAN PENANDA ARAS EKSA ASPUTRA KE PSAS
17 Julai 2024,Serdang - Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (JK EKSA) Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia (ASPutra) telah mengadakan lawatan penanda aras EKSA ke Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) UPM sekitar jam 10:00 pagi. Lawatan ini diketuai oleh Tuan Haji Mat Razi Abdullah selaku Pengerusi EKSA ASPutra bersama-sama dengan sebelas (11) ahli JK EKSA ASPutra bertujuan menambahkan ilmu berkaitan amalan terbaik EKSA di PSAS serta perkongsian pengalaman dan bertukar pendapat mengenai pelaksanaan EKSA di PTJ masing-masing. Lawatan EKSA ini turut disertai oleh JK EKSA dari Bahagian Kaunseling UPM (BKU) .

Lawatan EKSA ASPutra telah disambut mesra oleh Penyelaras EKSA PSAS iaitu Puan Nurul Ainie Mokhtar bersama-sama dengan JK EKSA PSAS yang lain. Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas mengenai pelaksanaan EKSA di PSAS diikuti dengan pemberian sijil penghargaan dari ASPutra kepada PSAS sebelum rombongan dibawa melawat ke Zon EKSA dan ruang lain yang berkaitan.

Sesi lawatan selama 2 jam ini sangat memberi impak yang positif buat peserta hasil dari perkongsian maklumat dan pandangan serta idea kreatif yang boleh diaplikasi mengikut kesesuaian di PTJ masing-masing kelak. JK EKSA ASPutra merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas layanan baik pihak JK EKSA PSAS semasa sesi lawatan ini.
Disediakan oleh:
Jawatankuasa Latihan EKSA ASPutra
Updated:: 20/04/2026 [hasniah]

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor