AKTIVITI EKSA 2025 | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» AKTIVITI EKSA 2025

AKTIVITI EKSA 2025

LAWATAN AJK EKSA FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN UPM

SERDANG, 21 Februari 2025 – Seramai 12 orang wakil dari Jawatankuasa Kondusif Sektor Awam (EKSA), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) telah mengadakan kunjungan lawatan ke Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia (ASPutra) bagi mempelajari dan berkongsi maklumat berkenaan pelaksanaan EKSA di tempat kerja khususnya di Makmal Pengajaran ASPutra.

Kunjungan lawatan ini dimulakan dengan Mesyuarat Pembukaan yang dipengerusikan oleh Tuan Hj. Mat Razi Abdullah, sesi suai kenal dan seterusnya lawatan ke Zon EKSA terpilih iaitu Zon Pejabat Am dan Zon EKSA Makmal. Pelawat dibawa dan ditunjukkan sudut bacaan dan beberapa projek inovasi DIY menggunakan bahan-bahan terpakai dan seterusnya lawatan ke Makmal Biologi, Mini Galeri Biologi, Makmal Kimia dan Makmal Fizik. Lawatan dari FPSK ini diketuai oleh Cik Nurul Iman binti Mohd Zulkarnain selaku Penyelaras EKSA FPSK.

 

 

LAPORAN PERTANDINGAN EKSA ASPutra 2025

Pertandingan EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) ASPutra 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 14 Mei 2025. Program ini merupakan inisiatif pihak pengurusan ASPutra dalam usaha meningkatkan tahap kebersihan, kekemasan, keselamatan, serta mewujudkan suasana kerja yang lebih kondusif dan produktif dalam kalangan warga organisasi.

Pertandingan ini juga bertujuan memberi pengiktirafan kepada zon-zon, unit-unit, dan kumpulan staf yang menunjukkan komitmen tinggi dalam mengamalkan prinsip EKSA. Sebagai acara tahunan, ia menggalakkan budaya kerja yang sistematik, bersih dan mesra alam, selaras dengan prinsip EKSA yang konsisten dan berterusan.

Setiap kategori pertandingan dilaksanakan secara kompetitif, mencerminkan komitmen tinggi warga ASPutra dalam mempertingkatkan persekitaran kerja serta memperkukuhkan budaya inovasi dan kelestarian.

Juri jemputan bagi pertandingan ini ialah Puan Zaidina Mohd Daud dari Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), yang juga merupakan fasilitator EKSA bagi ASPutra.

 

SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN EKSA ASPUTRA 2025

 

PERTANDINGAN ZON TERBAIK ASPUTRA

TEMPAT

ZON

PERTAMA

PENTADBIRAN DAN PEJABAT AM

KEDUA

MAKMAL

KETIGA

BILIK PENSYARAH

 

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI / HASIL KREATIF TERBAIK

TEMPAT

NAMA PROJEK

KUMPULAN/PESERTA

PERTAMA

TRANSFORMASI BARANGAN ROSAK

PS & PPS

KEDUA

PAYUN TAYAR

PEJABAT AM

KETIGA

THE CHEM CYCLE CLEAN PROJECT

UNIT KIMIA

SAGUHATI

INVENTORI GOOGLE SHEET

UNIT BIOLOGI

SAGUHATI

TAKE A SEAT,LEEVE A SHEET PROJECT

DR INTAN DIANA

SAGUHATI

AUTOMATED RECYCLE METAL SORTING SYSTEM

WAHIDA,AINA DAN AIN

 

PERTANDINGAN ANUGERAH “GO GREEN” TERBAIK

TEMPAT

NAMA PROJEK

PERTAMA

LAMAN HIJAU EKSOTIK KONTEMPORARI

KEDUA

MINI MOSSY FOREST : A GREEN ECOSYSTEM

KETIGA

ROTATABLE COBWEB DUSTER

 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang dan peserta atas usaha serta komitmen cemerlang dalam menjayakan Pertandingan EKSA ASPutra 2025. Semoga budaya EKSA terus menjadi amalan berterusan di ASPutra.

Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada 15 Mei 2025 di dalam Program Apple Day 2025, dengan ganjaran menarik ditawarkan kepada para pemenang bagi setiap kategori. Suasana majlis berlangsung dalam suasana penuh semangat dan penghargaan atas usaha semua pihak yang terlibat.

Penganjuran pertandingan ini diharapkan dapat terus menyemarakkan semangat kerja berpasukan dan memperkukuh budaya EKSA dalam kalangan warga ASPutra. ASPutra juga berazam untuk terus memacu kecemerlangan dalam pengurusan persekitaran tempat kerja yang kondusif dan mesra alam.

Tempat Pertama Zon Terbaik (Pentadbiran dan Pejabat Am

Tempat Kedua Zon Terbaik (Makmal)

Tempat Ketiga Zon Terbaik (Bilik Pensyarah)

 

Tempat Pertama Projek Inovasi/Hasil Kreatif          

(Transformasi Barang Rosak Makmal)  

 

Tempat Kedua Projek Inovasi/Hasil  Kreatif (Payun Tayar)

 

Tempat Ketiga Projek Inovasi/Hasil Kreatif
(The Chem Cycle Clean Project)               

Tempat Pertama Anugerah Go Green

(Laman Hijau Eksotik Kontemporari)

Tempat Kedua Anugerah Go Green Terbaik        

(Mini Mossy Forest A Green Ecosystem)   

 

Tempat Ketiga Anugerah Go Green Terbaik

(Rotatable Cobweb Duster)

 

 

Disediakan oleh:

Shariena @ Amirah Razali
JK Latihan EKSA ASPutra.

 

LAPORAN TAKLIMAT PEMANTAPAN PEMBUDAYAAN EKSA
 PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ASPUTRA)

Tarikh: 16 Mei 2025
 Masa: 3.00 petang – 4.30 petang
 Platform: Google Meet (Secara dalam talian)
 Anjuran: Jawatankuasa Latihan ASPUTRA
 Penceramah Jemputan: Pn. Zaidina Mohd Daud, Fakulti Sains

1. Pengenalan

Taklimat Pemantapan Pembudayaan EKSA ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Latihan ASPUTRA bertujuan untuk memperkukuhkan lagi kefahaman dan amalan berkaitan EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) dalam kalangan warga kerja ASPutra. Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan persekitaran kerja yang sistematik, bersih dan kondusif selaras dengan keperluan mengikut skop UPM dan juga sektor awam.

2. Objektif Taklimat

  • Memberi pendedahan dan peneguhan kefahaman berkenaan prinsip EKSA.
  • Meningkatkan kesedaran dan penglibatan staf terhadap amalan terbaik EKSA.
  • Menyediakan staf ASPutra ke arah pematuhan piawaian audit EKSA.
  • Mewujudkan budaya kerja yang efisien, produktif dan profesional.
  1. Pelaksanaan Taklimat

Taklimat ini telah dilaksanakan secara dalam talian menggunakan platform Google Meet selama satu jam setengah, bermula jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang. Penceramah jemputan taklimat ini adalah fasilitator EKSA ASPutra iaitu Puan Zaidina Mohd Daud dari Fakulti Sains, yang berkongsi pengalaman serta panduan pelaksanaan EKSA berdasarkan elemen teras dan amalan terbaik.

4. Kehadiran

Seramai 35 orang staf ASPUTRA telah menghadiri sesi taklimat ini. Turut serta dalam sesi ini ialah Pengarah ASPutra, Prof. Madya Dr. Marina Mohd. Top @ Mohd. Tah sebagai sokongan terhadap pemantapan budaya kerja cemerlang melalui EKSA.Sebagai galakan dan pengiktirafan terhadap penyertaan aktif, mata CPD latihan telah diberikan kepada semua peserta taklimat. Ini selaras dengan inisiatif pembangunan profesional berterusan warga ASPutra.

5. Rumusan

Taklimat ini berjaya mencapai objektif utamanya dalam meningkatkan kefahaman serta kesediaan warga ASPutra dalam memperkukuhkan pelaksanaan EKSA. Komitmen yang ditunjukkan oleh para staf dan barisan kepimpinan ASPutra jelas menunjukkan kesungguhan organisasi dalam membudayakan persekitaran kerja yang lebih sistematik, kondusif dan berdaya saing.

Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan EKSA secara berterusan, beberapa tindakan susulan dicadangkan antaranya ialah pelaksanaan latihan atau bengkel secara berfasa mengikut zon atau unit bagi memperluas pemahaman secara mendalam. Selain itu, pemantauan berkala juga perlu dijalankan untuk mengenal pasti tahap keberkesanan pelaksanaan EKSA serta ruang penambahbaikan yang wajar diambil.

Pengemaskinian dokumentasi dan eviden audit EKSA hendaklah dilakukan secara berjadual agar sentiasa selaras dengan keperluan audit dan penarafan. Dalam masa yang sama, penglibatan staf wajar ditingkatkan melalui penganjuran aktiviti-aktiviti kreatif berasaskan elemen EKSA yang dapat menyemai rasa tanggungjawab bersama dan semangat berpasukan.

Dengan pelaksanaan tindakan susulan ini, diharapkan usaha pembudayaan EKSA di ASPutra dapat terus diperkasa dan memberi impak positif terhadap imej serta produktiviti organisasi.

 

 

    

Disediakan oleh:


 SHARIENA @ AMIRAH RAZALI
 Jawatankuasa Latihan EKSA ASPutra.
 

 

Updated:: 21/04/2026 [hasniah]

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
W, (04:47:37pm-04:52:37pm, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]