LAPORAN KESELURUHAN SUKAN ASASI MALAYSIA (SAM 2021) | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» ASPUTRA ACTIVITIES » AKTIVITI PERINGKAT ASASI UNIVERSITI AWAM » LAPORAN KESELURUHAN SUKAN ASASI MALAYSIA (SAM 2021)

LAPORAN KESELURUHAN SUKAN ASASI MALAYSIA (SAM 2021)

Sukan Asasi Malaysia 2021 yang diadakan pada 20-21 Mac serta 27-28 Mac 2021 telah berlangsung dengan jayanya. Universiti Malaya telah diamanahkan untuk menjadi tuan rumah atau penganjur bagi edisi kali ini yang disertai oleh 11 Pusat Asasi dan Matrikulasi seluruh Malaysia. Memandangkan negara dilanda Covid -19 serta perlu mengikuti SOP yang ketat, hanya e-sports sahaja yang dipertandingkan. E-sport tersebut ialah Mobile Legends: Bang Bang (ML) serta Playerunknown’s Battlegrounds (PUBG). Pusat Asasi Sains Pertanian telah menghantar menyertaan bagi sukan tersebut iaitu 2 kumpulan untuk ML dan 2 kumpulan untuk PUBG.

Pertandingan bagi sukan ML ialah pada 20-21 Mac 2021. Sebanyak 21 kumpulan atau wakil dari Pusat Asasi dan Matrikulasi menyertai pertandingan ini. 2 wakil dari ASPer iaitu UPM Daddychillz serta UPM Dopaminers. Pada hari pertama pertandingan ini, 2 kumpulan tersebut dapat melangkah ke pusingan kalah mati di mana mereka bertemu sesama sendiri. UPM Dopaminers melangkah ke peringkat seterusnya sehingga ke peringkat akhir bertemu wakil dari Unimas. UPM Dopaminers mendapat naib juara bagi sukan ML edisi kali ini.

Pertandingan bagi sukan PUBG ialah pada 27-28 Mac 2021. Sebanyak 26 kumpulan atau wakil dari Pusat Asasi dan Matrikulasi menyertai pertandingan ini. 2 wakil dari ASPer ialah Panglima Kumbang dan Buaya Rawr. Kedua-dua kumpulan ini layak melangkah ke peringkat akhir berkumpulan di mana setelah keputusan diumumkan, Panglima Kumbang mendapat tempat ke 6 manakala Buaya Rawr mendapat tempat ke 13.

Updated:: 06/07/2021 [hasniah]

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
WXFRXAU~