Pertandingan Debat Intervarsiti UA 2021 | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» ASPUTRA ACTIVITIES » AKTIVITI PERINGKAT ASASI UNIVERSITI AWAM » Pertandingan Debat Intervarsiti UA 2021

Pertandingan Debat Intervarsiti UA 2021

LAPORAN PERTANDINGAN DEBAT INTERVARSITI ASASI UNIVERSITI AWAM

TAHUN 2021

 

 

PENDAHULUAN

Pertandingan Debat Intervarsiti Asasi Universiti Awam merupakan salah satu aktiviti tahunan dan terbuka kepada semua Pusat Asasi Universiti Awam dan Kolej Matrikulasi KPM. Pusat Asasi Sains Pertanian juga tidak pernah melepaskan peluang ini sejak penganjurannya pada tahun 2019. Pada tahun ini USIM telah menjadi tuan rumah kepada acara Pertandingan Debat Intervarsiti Universiti Universiti Awam dan telah mendapat penyertaan sebanyak 120 pasukan.

 

LAPORAN PENUH

Pada tahun ini Pusat Asasi Sains Pertanian telah menghantar dua pasukan Debat bagi menyertai Pertandingan Debat Intervarsiti Asasi UA. Satu pasukan Debat Bahasa Melayu dan satu pasukan Bahasa Inggeris.


Pasukan Debat Bahasa Melayu telah dianggotai oleh 4 orang pendebat iaitu ;

  1. Muhammad Hakim bin Nor Zaman
  2. Noor Danial Ikmal bin Mohd Lazim
  3. Muhammad Zulfakhri bin Zulkifli
  4. Nuris Alaina binti Khamaruzaman

 

Pasukan Debat Bahasa Inggeris pula telah diwakili oleh ;

  1. Jaiyadeepan A/L Ganesh
  2. Karveish A/L Yeesvaran
  3. Shivanaysan Gopinathan
  4. Muhamad Haidi Arif bin Mohd Talib

Sebagai persiapan pertandingan pasukan debat ASPer telah mendapat tunjuk ajar dan bimbingan  daripada Muhammad Aiman Hadri manakala pasukan debat Bahasa Inggeris pula telah mendapat tunjukajar dan bimbingan daripada saudara Gaurrav Veloo Gove iaitu pendebat  dibawah Persatuan Debat UPM.

Pertandingan telah berlangsung pada 26 Mac hingga 28 Mac 2021. Pasukan ASPer telah berusaha sebaik mungkin namun gagal melayakkan diri ke pusingan akhir. Pasukan Debat Bahasa Melayu ASPer Berjaya melayakan diri hingga ke peringkat suku akhir setelah berjaya memenangi 3 daripada 5 perlawanan pada pusingan awal. Manakala pasukan debat Bahasa Inggeris pula tidak Berjaya melayakan diri ke peringkat suku akhir apabila tewas 3 pertandingan pada peringkat saringan awal.

 

Updated:: 06/07/2021 [hasniah]

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
WXFRWAB~