Amanat Pengarah Di Majlis Ramah Mesra Pelajar Baharu ASPer Sesi 2023/2024 | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Amanat Pengarah di Majlis Ramah Mesra Pelajar Baharu ASPer Sesi 2023/2024

Amanat Pengarah di Majlis Ramah Mesra Pelajar Baharu ASPer Sesi 2023/2024

 

Amanat Pengarah di Majlis Ramah Mesra Pelajar Baharu Program Asasi Sains Pertanian (ASPer) Sesi 2023/2024 bersama Pengurusan PASP

28 Julai 2023 – Majlis ramah mesra pelajar baharu Program Asasi Sains Pertanian (ASPer) sesi 2023/2024 bersama seluruh warga PASP telah diadakan di Dewan Putra 2 (Serumpun) di pagi Jumaat yang penuh barakah. Seramai 72 ahli PASP telah diperkenalkan oleh Pengarah PASP, Prof. Madya Dr. Marina Mohd. Top @ Mohd. Tah. 72 ahli PASP terdiri daripada 5 ahli pengurusan tertinggi, 5 orang ketua bidang (Biologi, Fizik, Kimia, Matematik dan Pertanian), 19 orang pensyarah kanan, 3 orang pensyarah,  seorang felo pengajar, 22 orang pegawai perkhidmatan pendidikan dan 17 orang staf sokongan yang merangkumi staf pelaksana pejabat, penolong pegawai sains dan pembantu makmal.

Seterusnya, di dalam majlis tersebut, pengarah juga sempat menyampaikan amanat beliau iaitu:

  • Teruskan kecemerlangan akademik dan sahsiah.
  • Membina hubungan yang baik dalam kalangan rakan sekuliah, begitu juga dengan semua rakan seperjuangan, tenaga pengajar dan semua staf PASP.
  • Menghafal lagu UPM supaya mendapat lebih penghayatan dan meningkatkan semangat dalam diri setiap pelajar.
  • Pengalaman setahun di asasi dapat menjadi yang terbaik dalam kehidupan pelajar dan pelajar berjaya menjadi penyumbang bakti kepada semua.
  • Menjaga kesihatan diri agar proses pembelajaran dapat berjalan dengan lebih efektif.
  • Tanamkan matlamat untuk menjadi pelajar cemerlang supaya mendapat tempat di peringkat bacelor dengan kursus yang diimpikan.

Sebelum mengakhiri ucapan beliau, beliau mengingatkan para pelajar baharu supaya meneruskan usaha yang gigih bagi memenuhi harapan ibu bapa mereka di samping menegaskan bahawa para pelajar baharu ini merupakan generasi pelapis yang akan meneruskan legasi kecemerlangan di UPM. Besar harapan pengarah, malah lebih besar harapan ibu bapa mereka. Diharapkan, menerusi majlis ramah mesra tersebut, terutamanya perkongsian dan nasihat dari pengarah dapat menyunting semangat yang membara dalam diri pelajar semua. Sesungguhnya, kekuatan dan ketabahan datang dari usaha yang berterusan dan para pelajar sendirilah yang bertanggungjawab untuk merealisasikan impian mereka.

Sebahagian warga PASP bersama semua pelajar baharu.

Disediakan oleh,

Dr. Khairun Nisak Muhammad

AJK Penulisan Laman Web dan Laporan, MPP 2023

Date of Input: 30/07/2023 | Updated: 30/07/2023 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbSAQ~