Bengkel Pengendalian Mikroskop Oleh Bidang Biologi Dengan Kerjasama Pihak Crest Nanosolutions (M) Sdn Bhd | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Bengkel Pengendalian Mikroskop Oleh Bidang Biologi Dengan Kerjasama Pihak Crest Nanosolutions (M) Sdn Bhd

Bengkel Pengendalian Mikroskop Oleh Bidang Biologi Dengan Kerjasama Pihak Crest Nanosolutions (M) Sdn Bhd

20 Oktober 2022, Khamis – Bidang Biologi, Pusat Asasi Sains Pertanian (PASP) telah menganjurkan satu bengkel pengendalian mikroskop bersama agensi luar, Crest Nanosolutions (M) SDN BHD. Program yang bertempat di Makmal Biologi 1, PASP telah dihadiri oleh pengajar dan penolong pegawai sains Bidang Biologi. Program ini bertujuan untuk meningkatkan ilmu serta kepakaran di kalangan pengajar dan penolong pegawai sains Bidang Biologi dalam pengendalian mikroskop. Pada bengkel kali ini, ahli Bidang Biologi telah didedahkan dengan penggunaan Olympus Microscope Digital Camera. Di mana, mikroskop ini telah dilengkapi dengan sistem pengimejan bagi membantu pengguna dalam melihat dan menangkap gambar objek yang dilihat melalui mikroskop. Pengajar dan penolong pegawai sains berpendapat bahawa melalui penggunaan mikroskop yang dilengkapi dengan sistem pengimejan ini pelajar akan dapat lebih mengenalpasti objek yang dilihat. Justeru itu, pembelajaran akan lebih berfokus. Diharapkan kerjasama ini akan dapat diteruskan lagi di masa akan datang agar ilmu pengetahuan dan kemahiran penggunaan mikroskop sentiasa dipertingkatkan.

Disediakan oleh : Dr. Nur Akmal Ishak, 

                          Ketua Projek – Bengkel Penggendalian Mikroskop

Date of Input: 05/11/2022 | Updated: 05/11/2022 | emma

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbSAg~