Katak & Fungsi Dalam Ekosistem | MHI (10 Jul 2023) Bersama Prof. Madya Dr. Marina Mohd. Top @ Mohd. Tah | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Katak & Fungsi Dalam Ekosistem | MHI (10 Jul 2023) Bersama Prof. Madya Dr. Marina Mohd. Top @ Mohd. Tah

Katak & Fungsi Dalam Ekosistem | MHI (10 Jul 2023) Bersama Prof. Madya Dr. Marina Mohd. Top @ Mohd. Tah

Katak adalah panggilan umum bagi katak dan kodok yang tergolong dalam kumpulan haiwan amfibia di bawah order Anura. Katak hidup dua alam iaitu di kawasan daratan ketika dewasa dan kawasan berair ketika mengawan, bertelur dan perkembangan tumbesaran pada di peringkat larva (berudu).

Katak adalah haiwan nokturnal iaitu aktif pada waktu malam dan kebanyakkan katak memerlukan kawasan berair untuk mengawan dan bertelur.  Umumnya, katak menggemari keadaan persekitaran yang lembap dan berair. Namun, sesetengah spesies katak iaitu jenis kodok lebih menggemari persekitaran yang kering, dan ada juga katak yang lebih memilih berada di permukaan daun. Sifat fizikal seperti kulit separa telap yang cenderung kepada kekeringan turut menjadi faktor pemilihan habitat.

 

Katak Memainkan Peranan Yang Utama Dalam Banyak Ekosistem.

  1. Katak berperanan sebagai pelengkap kepada rantaian makanan. Ini kerana populasi katak berkait rapat dengan peningkatan atau penurunan sesuatu populasi haiwan. Sebagai contoh, populasi ular akan terganggu jika populasi katak semakin berkurangan.

 

  1. Sebagai agen pengawal serangga terutama serangga bawaan penyakit. Katak merupakan haiwan karnivor dan diet umumnya memakan serangga. Serangga bawaan penyakit seperti lalat, nyamuk dan lipas adalah antara pemakanan katak dewasa malah pada peringkat berudu, ianya memakan jentik-jentik, seterusnya menghalang populasi nyamuk daripada terus berkembang.

 

 

  1. Katak adalah sangat penting sebagai indikator semulajadi ekosistem. Umumnya katak memiliki kulit yang separa telap, menyebabkab katak begitu sensitif terhadap perubahan suhu, pencemaran udara dan air. Dua spesies katak yang biasanya mudah dtemui dan menjadi indikator kepada keadaan persekitarannya iaitu katak puru (Duttaphrynus melanostictus) dan katak pokok berjalur empat (Polypedates leucomystax). Katak Puru mempunyai kulit badan yang kering dan menggerutu menyebabkan katak ini gemar mendiami kawasan terbuka, bersimen, berbatu dan sejuk permukaannya. Manakala katak pokok misalnya, lebih menggemari kawasan berumput yang berdaun panjang dan juga tumbuhan renek serta berdekatan sumber air. Kedua-dua spesies katak ini dilihat sangat beradaptasi dengan kawasan terbuka dan terganggu.

 

Date of Input: 25/07/2023 | Updated: 25/07/2023 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbRAf~