LAWATAN PENANDAARASAN OLEH UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) KE ASPutra | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » LAWATAN PENANDAARASAN OLEH UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) KE ASPutra

LAWATAN PENANDAARASAN OLEH UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) KE ASPutra

SERDANG ,18 Januari 2024 (Jumaat) - ASPutra telah menerima kunjungan lawatan penandaarasan daripada Pusat Pengajian Pra-Universiti, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang diketuai oleh Dr. Mohd Ridwan Abd Rahman, Timbalan Pengarah I (Akademik, Penyelidikan dan Penerbitan). Turut hadir adalah Encik Dhana Jay A/L Raja Gopal (Penyelaras Program Sains Hayat), Puan Liyana Truna (Penyelaras Program Sains Fizikal), Puan Dzetty Soraya Abdul Aziz (Penyelaras Unit Pengurusan Kualiti dan Akademik) dan Dr. Nur Fazliana Rahim (Ketua Unit Pembangunan dan Inovasi Kurikulum). Sesi lawatan yang telah berlangsung sekitar jam 2:15 petang sehingga 4:30 petang itu dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Prof. Madya Dr. Marina Mohd. Top @ Mohd. Tah, Pengarah ASPutra dan diikuti oleh sesi perkongsian maklumat yang dibentangkan oleh Prof. Madya ChM. Dr. Siti Nurul Ain Md. Jamil. Perbincangan dan pertukaran idea oleh kedua-dua pihak telah memberikan percambahan ilmu dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk memastikan pencapaian kualiti akademik yang terbaik dapat diberikan kepada pelajar di institusi masing-masing. Sesi diakhiri dengan penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan oleh kedua-dua pihak.

Date of Input: 22/01/2024 | Updated: 22/01/2024 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbSAw~