Lawatan Sambil Belajar Maahad Tahfidz Sains Ke Pusat Asasi Sains Pertanian UPM | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Lawatan Sambil Belajar Maahad Tahfidz Sains ke Pusat Asasi Sains Pertanian UPM

Lawatan Sambil Belajar Maahad Tahfidz Sains ke Pusat Asasi Sains Pertanian UPM

13 Januari 2023, Pusat Asasi Sains Pertanian telah menerima seramai 40 orang pelajar beserta guru pengiring bagi sesi lawatan sambil belajar. Mereka tiba di Pusat Asasi Sains Pertanian pada jam 10.00pagi dan disambut oleh urusetia lawatan yang bertugas.

Seterusnya para pelawat telah di raikan dalam majlis taklimat program yang disampaikan khas oleh Timbalan Pengarah II iaitu Prof. Madya Dr. Mohamad Amran Mohd Salleh. Penerangan secara santai dan sesi soal jawab telah dilaksanakan pada sesi ini.

Seterusnya para pelawat telah dibawa untuk mengikuti sesi pemindahan ilmu yang dikendalikan oleh bidang biologi dan diketuai oleh Dr. Nor Hafizah Ahmad Kamarudin (Pensyarah kanan). Pemindahan ilmu pada kali ini adalah tentang  Life in a drop of water!.

Majlis selesai sejurus tamatnya sesi pemindahan ilmu dan penilaian program tersebut. Semoga para pelajar mendapat manfaat dengan ilmu yang disampaikan oleh pihak kami di Pusat Asasi Sains Pertanian dan dapat bekerjasama lagi pada masa akan datang.

Disediakan oleh : Hasniah Hamid
Jurugambar :   En. Aminuddin Abdul Wahab

Date of Input: 17/01/2023 | Updated: 17/01/2023 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbQAb~