Pendaftaran Pelajar YTP Dan T20 Program Asasi Sains Pertanian Sesi 2023/2024 | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Pendaftaran Pelajar YTP Dan T20 Program Asasi Sains Pertanian Sesi 2023/2024

Pendaftaran Pelajar YTP Dan T20 Program Asasi Sains Pertanian Sesi 2023/2024

Pendaftaran Pelajar YTP Dan T20 Program Asasi Sains Pertanian Sesi 2023/2024

 

11 Ogos 2023 – Sesi taklimat bersama para pelajar baharu di bawah tajaan Young Talent Development Programme (YTP) dan T20 telah berjalan di Bilik Seminar, Asasi 1, Pusat Asasi Sains Pertanian (PASP). Pendaftaran pelajar baharu bagi ambilan kedua ini telah berlangsung pada 10 Ogos 2023 (Khamis). Seramai 45 orang pelajar baharu yang telah mendaftar pada sesi pendaftaran tersebut.

Sesi taklimat dimulakan dengan Sesi Taklimat Akademik bersama pelajar baharu bagi Program Asasi Sains Pertanian (ASPer) sesi 2023/2024 ambilan kedua yang telah disampaikan ole Prof. Madya ChM. Dr. Siti Nurul Ain Md. Jamil, Timbalan Pengarah 1 (Akademik dan Penyelidikan), Pusat Asasi Sains Pertanian, Universiti Putra Malaysia. Melalui taklimat tersebut, para pelajar telah didedahkan tentang kursus yang wajib diambil oleh mereka sepanjang dua semester program asasi, yang terdiri daripada 6 subjek iaitu biologi, fizik, kimia, matematik, pertanian dan Bahasa Inggeris. Pendedahan tentang pengiraan CGPA juga turut dikongsikan bagi memastikan para pelajar baharu membuat persediaan dalam mencapai kecemerlangan prestasi akademik untuk melayakkan diri ke program Ijazah yang mereka impikan setelah tamat program asasi.

 

Foto sekitar taklimat akademik bersama Prof. Madya ChM. Dr. Siti Nurul Ain Md. Jamil, Timbalan Pengarah 1 (Akademik dan Penyelidikan), Pusat Asasi Sains Pertanian, Universiti Putra Malaysia

Foto sekitar taklimat akademik bersama Prof. Madya ChM. Dr. Siti Nurul Ain Md. Jamil, Timbalan Pengarah 1 (Akademik dan Penyelidikan), Pusat Asasi Sains Pertanian, Universiti Putra Malaysia

Program diteruskan dengan taklimat dan sesi hands-on oleh pihak Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (IDEC), iaitu En. Ts. Saiful Ramadzan Hairani yang dibantu oleh En. Hanif. Taklimat tersebut adalah berkaitan dengan penggunaan Putra VID di mana para pelajar boleh mengakses aplikasi tersebut melalui telefon pintar mereka. Melalui aplikasi tersebut, para pelajar dapat melihat kad matrik mereka yang mengandungi nama dan nombor matrik, gambar, Kod QR dan Kod Bar serta boleh dimuat turun daripada aplikasi Putra VID itu.

Foto sekitar taklimat dari IDEC bersama En. Ts. Saiful Ramadzan Hairani dan En. Hanif

Foto sekitar taklimat dari IDEC bersama En. Ts. Saiful Ramadzan Hairani dan En. Hanif

Taklimat Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) telah disampaikan oleh En. Mohd Firdaus Baharuddin. Taklimat tersebut telah memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai aktiviti-aktiviti yang boleh disertai oleh pelajar ASPer sama ada aktiviti peringkat Asasi Council, Pusat Asasi Sains Pertanian mahupun HICOM ASPer. Aktiviti yang disediakan tersebut memberi peluang dalam mencungkil bakat dan potensi para pelajar sama ada dari sudut akademik dan bukan akademik disamping menyediakan ruang untuk pelajar bergembira dan bersantai sepanjang program asasi.

  

Foto sekitar taklimat BHEP bersama En. Mohd Firdaus Baharuddin

 

Seterusnya, taklimat pendaftaran kursus dalam sistem SMPWeb telah disampaikan oleh En. Mohd Fadzil Suhaimi dari unit Akademik ASPer. Taklimat tersebut adalah bertujuan memberi panduan kepada para pelajar baharu untuk mendaftar kursus bagi program asasi mereka. Slot terakhir, adalah Taklimat Amali Pertanian oleh Puan Ashira Yusran (Ketua Bidang Pertanian) dan dibantu oleh dua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan iaitu En. Mohamad Haidir Mohamed Noor dan Cik Amizatul Najeha Lukmanulhakim.

   

 

Foto sekitar taklimat pendaftaran kursus oleh En. Mohd Fadzil Suhaimi dari unit Akademik ASPer dan taklimat amali pertanian oleh Puan Ashira Yusran (Ketua Bidang Pertanian)

Sesi taklimat pelajar baharu ambilan kedua telah berakhir dengan jayanya dengan bantuan semua urusetia dan fasilitator yang terlibat. Seluruh warga PASP sangat mengalu-alukan kehadiran para pelajar baharu dan berharap para pelajar dapat menyesuaikan diri sepanjang program asasi dan berjaya mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik mahupun bukan akademik.

 

Disediakan oleh
Dr. Khairun Nisak Muhammad
AJK Penulisan Laman Web dan Laporan, MPP 2023

Date of Input: 11/09/2023 | Updated: 11/09/2023 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbSAa~