Perkongsian Ilmu Melalui Program “ASPerChem Peduli Komuniti 3.0” Bersama Warga Pengasih Malaysia Dan Warga SMK Cyberjaya | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Perkongsian Ilmu melalui Program “ASPerChem Peduli Komuniti 3.0” bersama warga Pengasih Malaysia dan warga SMK Cyberjaya

Perkongsian Ilmu melalui Program “ASPerChem Peduli Komuniti 3.0” bersama warga Pengasih Malaysia dan warga SMK Cyberjaya

5 Oktober 2023 (Khamis): Satu program perkongsian ilmu bertemakan “ASPerChem Peduli Komuniti 3.0” telah diadakan di SMK Cyberjaya, Selangor, menyasarkan seramai 82 orang pelajar sekolah tersebut. Program ini adalah kesinambungan daripada Program ASPerChem Peduli Pengasih 1.0 dan Program ASperChem ART 2.0 yang lalu yang mana ia menyasarkan warga belia pengasih yang sedang dalam proses rawatan dan pemulihan di rumah Teduhan Kasih, Bukit Beruntung. Program ini dianjurkan oleh Bidang Kimia, Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia (ASPutra) merupakan salah satu aktiviti yang dirancang dibawah projek Knowledge Transfer Grant Scheme (KTGS) 2022 dimana ia bertujuan untuk memindahkan ilmu daripada warga belia rumah Teduhan Kasih kepada warga komuniti iaitu pelajar sekolah. Program kali ini diketuai oleh Dr. Norazlinaliza Salim dan berkolaborasi bersama warga belia di rumah Teduhan Kasih, Bukit Beruntung.

 

Bagi slot yang pertama, iaitu forum yang bertajuk “Masih Ada Peluang Kedua” menampilkan Encik Mohd Najib Ab Aziz sebagai moderator bersama tiga orang panel iaitu, Encik Noor Azlan Iskandar Mohd Taha, Pengurus Program di rumah Teduhan Kasih, Bukit Beruntung; Encik Azreen (bukan nama sebenar), klien rumah Teduhan Kasih, Bukit Beruntung dan Dr. Noor Tahira Abdul Karim, pakar psikiatri, Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Intipati bagi forum tersebut adalah mengenai pengalaman hidup, cabaran yang dihadapi oleh klien, peringatan kepada pelajar untuk menjauhkan diri daripada dadah dan kesan penyalahgunaan dadah terhadap kesihatan mental dan fizikal. Di samping itu, bentuk sokongan yang jalankan oleh pihak pengurusan Pengasih supaya mereka yakin masih ada peluang kedua buat mereka untuk teruskan kehidupan juga dikongsikan dalam sesi pendek forum tersebut yang dijalankan selama satu jam.

 

Slot yang kedua, iaitu aktiviti pemindahan ilmu penghasilan sabun daripada bahan semulajadi oleh empat orang wakil rumah Teduhan Kasih kepada 16 orang pelajar SMK Cyberjaya yang terpilih sambil di pantau oleh fasilitator staf ASPutra. Melalui slot ini diharapkan warga belia Pengasih yakin terhadap diri sendiri dan selesa untuk bergaul bersama komuniti persekitaran yang positif membantu memudahkan proses pemulihan melalui aktiviti berkumpulan dalam penghasilan produk daripada bahan semula jadi. Selain itu, poster-poster yang berkaitan ilmu kimia berkenaan bahan-bahan terlarang, keburukan dan kebaikan dalam pengambilan bahan terlarang, liputan Program ASPerChem Peduli Pengasih 1.0 dan ASPerChem ART 2.0 juga turut di pamerkan.

 

Melalui program ini, pihak penganjur berharap belia pengasih bersedia untuk berdepan dunia sebenar dan bersedia membina kehidupan baharu yang jauh lebih baik. Pihak penganjur berterima kasih kepada pihak penaja, MYC Sdn. Bhd., Tenaga Nasional Berhad, seluruh warga SMK Cyberjaya, ahli panel forum, wakil pengurus dan klien rumah Teduhan Kasih, Bukit Beruntung dan staf ASPutra serta ahli Bidang Kimia ASPutra yang terlibat iaitu Dr. Nur Hana Faujan, Dr. Adila Mohamaad Jaafar, Dr. Shah Christirani Azhar, Dr. Intan Diana Mat Azmi, Dr. Muhammad Alif Mohammad Latif, Dr. Wan Nor Adira Wan Khalit, Encik Mohamad Najib Ab Aziz, Puan Nur Syafiqah Idris, dan Puan Noor Hidayu Aris dalam menjayakan program tersebut.

Ucapan pembukaan disampaikan oleh Tuan Pengetua SMK Cyberjaya, Ustaz Salehin Abdullah

Ucapan perasmian disampaikan oleh Timbalan Pengarah I ASPutra, Prof. Madya Dr. Siti Nurul Ain Md Jamil

Sekitar sesi forum “Masih Ada Peluang Kedua”

Poster-poster yang dipamerkan di SMK Cyberjaya. Wakil fasilitator memberikan soalan kuiz kepada pelajar-pelajar.

 

Sekitar aktiviti pemindahan ilmu penghasilan sabun daripada bahan semulajadi. Persekitaran yang positif membantu memudahkan proses rawatan dan pemulihan warga belia pengasih.

 

Pelajar menunjukkan sabun yang dihasilkannya sendiri dengan bantuan warga belia pengasih.

Bergambar kenangan bersama warga SMK Cyberjaya dan warga belia Teduhan Kasih

Disediakan oleh:

Dr. Shah Christirani Azhar dan Puan Noor Hidayu Aris

 

 

 

 

Date of Input: 17/10/2023 | Updated: 17/10/2023 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbQAs~