Program Jati Diri Pelajar SPM Dan Komuniti Penduduk Kawasan 6, Mukim Rimba Terjun , Pontian, Johor | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Program Jati Diri Pelajar SPM dan Komuniti Penduduk Kawasan 6, Mukim Rimba Terjun , Pontian, Johor

Program Jati Diri Pelajar SPM dan Komuniti Penduduk Kawasan 6, Mukim Rimba Terjun , Pontian, Johor

Pusat Asasi Sains Pertanian UPM, 20 Januari 2023, Seramai 40 orang  dari kalangan pelajar SPM dan penduduk kawasan 6, Mukim Rimba Terjun, Pontian, Johor telah berkunjung ke UPM. Para pelajar telah tiba di UPM jam 2.45petang dan disambut oleh urusetia serta fasilitator dari Kolej Tan Sri Aishah Ghani UPM.

Dalam rangka lawatan tersebut mereka telah berpeluang bersama-sama dengan Pusat Asasi Sains Pertanian UPM dalam Sesi Taklimat Program ASPer yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohammad Amran bin Mohd. Salleh (Timbalan Pengarah II). 

Selain itu, para pelajar juga mendapat perkongsian khas daripada wakil pelajar ASPer 18 iaitu saudari Min Le (Presiden Persatuan Pelajar ASPer UPM). Mereka telah didedahkan tentang peluang menyambung pengajian di UPM melalui ASPer. Mereka juga turun diberikan tips pembelajaran efektif dan pembelajaran yang bakal ditempuhi apabila menyambung pengajian di Asasi UPM.

Selain sesi taklimat para pelajar juga turut disediakan dengan sesi pemindahan ilmu yang dikelola oleh bidang Pertanian Pusat Asasi Sains Pertanian UPM. Pemindahan ilmu ini sangat berharga dan boleh dijadikan peluang perniagaan yang menguntungkan. 

Semoga dengan perkongsian yang diberikan oleh Pusat Asasi Sains Pertanian ini dapat memberi nilai tambah kepada para pelajar dalam mendepani masa hadapan. 

 

Gambar Sekitar Sesi Pemindahan Ilmu oleh Bidang Pertanian ASPer UPM.

 

 

 

Date of Input: 27/01/2023 | Updated: 27/01/2023 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbSAr~