Program Skin Health 101 Antara Beauty Netural Skin Bersama Bidang Biologi, Pusat Asasi Sains Pertanian | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Program Skin Health 101 Antara Beauty Netural Skin Bersama Bidang Biologi, Pusat Asasi Sains Pertanian

Program Skin Health 101 Antara Beauty Netural Skin Bersama Bidang Biologi, Pusat Asasi Sains Pertanian

28 September 2022, Rabu – Bidang Biologi, Pusat Asasi Sains Pertanian (PASP) telah menganjurkan satu program kesedaran kesihatan, Skin Health 101 bersama agensi luar, Natural Better Skin. Program yang bertempat di Makmal Biologi 1, PASP telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pelajar dan staf PASP. Program ini bertujuan memupuk perasaan dan semangat ingin tahu serta memupuk kesedaran di kalangan peserta terhadap kepentingan kesihatan kulit.

 

 

 

Anggaran seramai 275 orang peserta telah hadir bagi mendapatkan analisis kulit secara percuma. Analisa yang dilakukan adalah seperti kelembapan, jenis kulit, pori, melanin, sensitiviti dan keanjalan kulit muka. Kesemua sembilan analisa ini dapat membantu seseorang individu untuk mengetahui keperluan kulit masing-masing sebelum memilih produk penjagaan kulit yang sesuai. Selain itu, para peserta turut diberikan konsultasi serba ringkas tentang penjagaan kulit dengan betul hasil dapatan daripada analisa kulit.

 

Hasil tinjauan maklumbalas daripada peserta program, seramai 97.7% peserta sedar akan kepentingan kesihatan kulit. Walaupun begitu, hanya 74.4% peserta sahaja menggunakan produk penjagaan kulit bagi menjaga kesihatan kulit. 66.7% peserta menyatakan bahawa internet adalah sumber utama mereka untuk mendapatkan maklumat tentang penjagaan dan kesihatan kulit.

 

Disediakan oleh: Dr. Nur Akmal Ishak

                         Ketua Projek – Skin Health 101

Date of Input: 27/10/2022 | Updated: 27/10/2022 | emma

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbRAk~