Program Smart Tour SMK Malim, Melaka Ke Pusat Asasi Sains Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang. | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Program Smart Tour SMK Malim, Melaka ke Pusat Asasi Sains Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.

Program Smart Tour SMK Malim, Melaka ke Pusat Asasi Sains Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.

27 September 2023, Pusat Asasi Sains Pertanian menerima kunjungan seramai 11 orang guru pengiring dan 77 orang calon pelajar cemerlang SPM 2023 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Malim, Melaka. Program Smart Tour ini telah berlangsung di Dewan Kuliah 5 (DK5) dan dikendalikan oleh Bidang Matematik serta dibantu oleh beberapa ahli jawatankuasa. Terima kasih diucapkan kepada semua jawatankuasa.

Program yang berlangsung selama tiga jam bermula 10.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari diisi dengan dua sesi. Sesi yang pertama ialah sesi taklimat promosi kemasukan ke Program Asasi Sains Pertanian yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah 1 (Akademik dan Penyelidikan), Prof. Madya ChM. Dr. Siti Nurul Ain Md. Jamil. Antara objektif program adalah memberi pendedahan tentang syarat-syarat kemasukan ke Program Asasi Sains Pertanian dan program pengajian yang ditawarkan oleh UPM kepada semua pelajar sekolah.

Program diteruskan dengan sesi kedua iaitu sesi pemindahan ilmu. Para pelajar dibawa menyelusuri keindahan ilmu matematik dan aplikasinya dalam kehidupan seharian. Mereka bermain 3 permainan matematik yang memerlukan mereka berfikir untuk menyelesaikan masalah yang diberi. Terdapat 3 aktiviti yang dijalankan iaitu:

Aktiviti 1: Pascal’s Triangle (Diketuai oleh: Dr. Khairun Nisak Muhammad

Aktiviti 2: Sugar Shuffle (Diketuai oleh: Dr. Mohammad Hasan Abdul Sathar)

Aktiviti 3: Crack the Code! (Diketuai oleh: Dr. Mohd. Ezad Hafidz Hafidzuddin)

 

Para pelajar sangat teruja dan bersungguh-sungguh bermain permainan matematik bagi merebut hadiah yang disediakan. Tahniah diucapkan kepada para pelajar SMK Malim, Melaka atas komitmen dan usaha anda semua. Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar. Didoakan semoga berjaya, cemerlang dan terbilang dalam peperiksaan SPM 2023 tidak lama lagi. Semoga hubungan baik antara SMK Malim dan Pusat Asasi Sains Pertanian dapat diteruskan pada masa hadapan demi manfaat bersama.

 

Disediakan oleh,

Wan Nur Atikah Wan Mohd Adnan

Pengerusi Program Smart Tour SMK Malim

 

Date of Input: 04/10/2023 | Updated: 04/10/2023 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbPA2~