Semarak Kasih ASPer 2021 Ringankan Beban Golongan Asnaf | Centre of Foundation Studies for Agricultural Science
» NEWS » Semarak Kasih ASPer 2021 Ringankan Beban Golongan Asnaf

Semarak Kasih ASPer 2021 Ringankan Beban Golongan Asnaf

Rabu, 5 Mei 2021, bertempat di Kolej  13 dan Kolej Pendita Za’ba UPM jam 11.00 hingga 11.45 pagi  telah berlangsung majlis Penyampaian Sumbangan Program Semarak Kasih ASPer 2021.

Pada majlis ini seramai 105 org pelajar telah dipilih bagi menerima sumbangan dan mereka ini dipilih daripada kalangan asnaf yang sedang belajar di PUsat Asasi Sains Pertanian. Manakala pihak-pihak yang memberi sumbangan pula terdiri daripada pihak industri seperti ; Pondok MS Beryani, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan MYK Engineering & Construction.

 

Semua sumbangan telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Marina Bt Mohd. Top @ Mohd. Tah, Pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian UPM. Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban pelajar asnaf menjelang Aidilfitri dan menjadi landasan kepada pihak industry untuk bersama membantu golongan yang memerlukan.

 

Date of Input: 07/05/2021 | Updated: 07/05/2021 | hasniah

MEDIA SHARING

Centre of Foundation Studies for Agricultural Science
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
W1VMZFYy:05:24