Sesi Interaksi Dan Lawatan Kerja YBhg. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi) Ke ASPutra | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Sesi Interaksi dan Lawatan Kerja YBhg. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Ke ASPutra

Sesi Interaksi dan Lawatan Kerja YBhg. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Ke ASPutra

SERDANG, 16 Februari- Lawatan kerja Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM ke Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia (ASPutra) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Asasi 1. Delegasi yang diketuai oleh YBhg. Profesor Dr. Zamberi Sekawi, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) turut diiringi oleh Prof. Dr. Mohd Adzir Mahdi, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan, En. Shahriman Hashim, Ketua Pentadbiran dan En. Mohd Khairi Hasan, Pegawai Khas kepada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) telah tiba di ASPutra sekitar jam 3:00 petang.

Sesi interaksi dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Prof. Madya Dr. Marina Mohd. Top @ Mohd. Tah, Pengarah ASPutra dan seterusnya diikuti dengan sesi memperkenalkan diri dan bidang penyelidikan masing-masing dalam kalangan pensyarah ASPutra. Sesi diteruskan dengan pembentangan latar belakang dan ekosistem penyelidikan di ASPutra oleh Pengarah ASPutra.

YBhg Prof. Dr. Zamberi Sekawi seterusnya telah berkongsi pandangan berkenaan hala tuju strategik penyelidikan dan inovasi di UPM. Beliau menegaskan bahawa penyelidik haruslah melaksanakan penyelidikan berdasarkan permintaan industri serta terus menggiatkan kolaborasi bersama industri. Selain dari itu, beliau juga menekankan berkenaan kepentingan penyelidikan yang berteraskan konsep transdiscplinary.

Sebelum majlis berakhir, YBhg. Prof. Dr. Zamberi Sekawi turut membuka ruang untuk bertukar pandangan dan idea bersama para pensyarah ASPutra yang hadir. Majlis bersurai sekitar jam 5.10 petang dengan ucapan penutup oleh YBrs. Pengarah ASPutra dan disusuli dengan jamuan ringkas. Warga ASPutra merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian YBhg. Prof. Timbalan Naib Canselor berkunjung ke ASPutra.

Date of Input: 29/02/2024 | Updated: 29/02/2024 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbVAd~