SMK TAMAN DESAMINIUM: PEMBUKAAN BOOTH SEMPENA MINGGU KERJAYA 2023 | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » SMK TAMAN DESAMINIUM: PEMBUKAAN BOOTH SEMPENA MINGGU KERJAYA 2023

SMK TAMAN DESAMINIUM: PEMBUKAAN BOOTH SEMPENA MINGGU KERJAYA 2023

Pusat Asasi Sains Pertanian UPM, 22 Mei 2023, Seramai 4 orang  staf yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Guru Bahasa telah berkunjung ke Sekolah Menengah Kebangsaan Taman  Desaminium untuk mengadakan pameran kerjaya sekaligus memeriahkan minggu kerjaya yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Pembukaan booth kerjaya ini memberi ruang kepada pihak Asasi Sains Pertanian menyampaikan dan mempromosikan info berkenaan Program Asasi Sains Pertanian di Universiti Putra Malaysia.

 

Pameran tersebut berlangsung di Dewan Semarak Budi, SMK Taman Desaminium bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.30 petang. Sasaran pelajar bagi pameran ini adalah semua murid tingkatan 4 & 5 serta murid lepasan SPM 2022.

 

Semasa lawatan pelajar ke booth pameran, mereka diberikan penerangan terperinci mengenai syarat kemasukan ke Program Asasi Sains Pertanian oleh wakil staf yang terlibat iaitu Pn. Wan Nur Atikah Wan Mohd Adnan, Pn. Ardini Zalikha Nordin, Cik Amizatul Najeha Lukmanulhakim dan En. Mohamad Haidir Mohamed Noor.

 

Selain itu, mereka juga telah didedahkan tentang peluang menyambung pengajian di UPM melalui ASPer. Mereka diberikan pendedahan tentang senarai jurusan pengajian yang boleh mereka pilih di peringkat sarjana muda. Majoriti pelajar aliran sains sangat teruja untuk memilih Asasi Sains Pertanian sebagai pilihan pertama untuk pengajian di peringkat asasi kelak.

 

SEGI TIGA PASKAL

 

Selain taklimat, para pelajar juga mendapat perkongsian khas melalui sesi pemindahan ilmu yang disampaikan oleh Pn. Wan Nur Atikah Wan Mohd Adnan mewakili Bidang Matematik yang mengadakan aktiviti bertajuk “Segi Tiga Paskal”. Pelajar diberikan bahan 3D segi tiga yang dibentuk dengan gabungan cawan kertas secara berperingkat dan dilabel dengan susunan nombor mengikut konsep Segi Tiga Paskal.

 

Pelajar diminta memerhati susunan dan pola nombor untuk menyelesaikan soalan yang diberi. Pelajar yang berjaya menjawab dan melengkapkan Segi Tiga Paskal dalam tempoh 30 saat diberikan hadiah. Rata-rata pelajar sangat teruja mencuba aktiviti ini sekaligus mengasah bakat mengira dengan pantas bagi mendapatkan hadiah. Syabas diucapkan kepada pelajar SMK Taman Desaminium!!.

   

VOCAB KICK

 

Sesi pemindahan ilmu yang kedua ialah melalui aktiviti Vocab Kick.  Vocab Kick merupakan aktiviti penguasaan kosa kata yang menguji minda pelajar. Hanya dua barang yang diperlukan dalam aktiviti ini: i) papan Vocab Kick dan ii) sepasang selipar. Terdapat beberapa kategori yang dinyatakan di atas papan Vocab Kick: Bunga, Pengangkutan, Buah-buahan, Sayur-sayuran, Keluarga, dan sebagainya. Aktiviti ini dikelola oleh Pn. Ardini Zalikha Nordin.

 

Sebelum bermain, pelajar dikehendaki memakai salah satu selipar yang disediakan dan menutup mata sebelum melontarkan selipar tersebut ke atas papan Vocab Kick. Pelajar perlu menyenaraikan semua perkataan dalam mana-mana kategori tempat selipar itu mendarat dalam masa 15 saat. Nama pelajar dengan jumlah perkataan terbanyak akan direkodkan di 'Wall of Success'. Ini adalah untuk meningkatkan tahap motivasi dan kompetitif pelajar untuk terus mencuba menaikkan ranking masing-masing sehingga berjaya.

   

Semoga dengan perkongsian yang diberikan oleh Pusat Asasi Sains Pertanian ini dapat memberi maklumat dan nilai tambah kepada para pelajar dalam mendepani masa hadapan. 

 

Disediakan oleh,

Wan Nur Atikah binti Wan Mohd Adnan

 

Date of Input: 07/07/2023 | Updated: 07/07/2023 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbQA4~