Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), UPM | PUSAT ASASI SAINS PERTANIAN
» PERKHIDMATAN » Prasarana UPM » Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), UPM

Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), UPM

Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), Universiti Putra Malaysia terdiri daripada dua blok bangunan berkembar yang mempunyai keluasan lantai kira-kira 19,007 meter persegi dan menyediakan tempat duduk untuk lebih 2,000 orang pengguna pada setaip satu masa. Bagi menampung peningkatan jumlah pengguna dan memenuhi keperluan maklumat fakulti, PSAS kini mempunyai empat (4) buah cawangan iaitu Perpustakaan Perubatan dan Sains Kesihatan, Perpustakaan Perubatan Veterinar, Perpustakaan Kejuruteraan & Senibina dan Perpustakaan Kampus Bintulu (Sarawak). Selain itu, PSAS juga menyediakan ruang khusus untuk pelajar pasca siswazah yang dikenali sebagai Anjung Siswazah terletak di Blok B, PSAS. Ianya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk pembelajaran dan penyelidikan. PSAS sentiasa berusaha untuk menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik kepda penggunanya sejajar dengan peredaran teknologi maklumat dan keperluan semasa. Selain menyediakan bahan bercetak dan bahan media, PSAS juga menyediakan maklumat dalam format elektronik.

Perpustakaan Sultan Abdul Samad UPM

 

 

 

Kemaskini:: 09/01/2019 [hasniah]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
B1566593331