Peraturan pakaian dan rambut pelajar yang ditetapkan oleh Universiti Putra Malaysia adalah seperti berikut ;
Semua pelajar hendaklah berpakaian yang sesuai dengan amalan masyarakat Malaysia. Selaku bakal intelek negara, pelajar perlulah sentiasa mengamalkan pemakaian pakaian yang bersih, kemas dan bersopan semasa berada di kampus.
Pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian yang mendedahkan tubuh badan mereka dan penutup muka. Pelajar tidak dibenarkan berpakaian mendedahkan tubuh badan, menjolok mata (berskirt di atas paras lutut atau berseluar pendek, berbaju T tanpa kolar, berbaju tanpa lengan, berseluar / berskirt ketat, berselipar, berpurdah, berseluar jeans lusuh, bertindik bagi lelaki dan keterlaluan bagi perempuan) di tempat berikut :-
- Dewan Kuliah
- Bilik Makmal
- Bangunan Pentadbiran
- Fakulti dan Pusat Pengajian
- Perpustakaan
- Pusat Kesihatan Universiti
Pelajar hendaklah patuh kepada semua arahan dan amalan pakaian yang dikuatkuasakan oleh fakulti / pusat / bahagian terutama di makmal, ladang dan semasa berurusan dengan pegawai univeristi serta semasa menjalani latihan amali/mengajar dan sebagainya.
Pelajar lelaki yang berambut pendek sahaja akan dibenar mendaftar diri. Sesiapa yang didapati tidak mematuhi peraturan rambut pendek adalah disifatkan sebagai melanggar peraturan universiti. Pelajar juga dilarang mewarnakan rambut mereka selain daripada warna asal.
Pelajar juga tidak dibenarkan memakai topi ketika berurusan rasmi di kawasan kampus dan dewan kuliah.
Pelajar adalah pelanggan kami. Pihak kami berhasrat memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda jika anda mematuhi etika penampilan pelajar. Anda tidak akan dilayan dan dinafikan perkhidmatan jika tidak mematuhi etika penampilan pelajar di semua Kaunter Perkhidmatan, Pejabat, Dewan Besar, Dewan Kuliah, Bilik Tutorial, Perpustakaan dan Makmal.
Updated:: 04/12/2025 [hasniah]

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor