A LIVELY CELEBRATION FOR ASPER 2019 APPRECIATION CEREMONY | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » A LIVELY CELEBRATION FOR ASPER 2019 APPRECIATION CEREMONY

A LIVELY CELEBRATION FOR ASPER 2019 APPRECIATION CEREMONY

Apresiasi ASPer hargai kejayaan pelajar

SERDANG, 8 November – Majlis Apresiasi ASPer 2019 merupakan satu platform menzahirkan penghargaan kepada pelajar lepasan Program Asasi Sains Pertanian Sesi 2018/2019 yang memperoleh keputusan cemerlang serta penghargaan kepada pelajar menerusi penyampaian beberapa anugerah mengikut kategori termasuk kepada alumni yang masih menyumbang bakti kepada Pusat Asasi Sains Pertanian. Program telah diadakan di Auditorium, Hospital Pengajar UPM dengan penyampaian sijil kepada 45 orang pelajar yang berjaya memperoleh PNGK 4.000, seramai 104 pelajar berjaya memperoleh PNGK >3.900, seramai 111 orang pelajar berjaya memperoleh PNGK >3.800 dan seramai 49 pelajar memperoleh PNGK >3.750.

Pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian, Prof. Dr. Norihan Md. Arifin turut menyampaikan amanat menerusi ucapan perasmiannya agar pelajar menjadikan kejayaan kecil ini sebagai semangat untuk terus berjaya dalam akademik sepanjang pengajian di UPM. Pengarah ASPer, turut mengingatkan pelajar agar menjadi manusia yang berilmu dan tetap menjaga adab dan peribadi dan dijauhkan dari sikap mendabik dada supaya proses mencari ilmu itu tidak terhenti sampai bila-bila.

Semarak Cemerlang seiring dengan tema ini turut menawarkan beberapa anugerah kepada pelajar. Penerima anugerah bagi kategori utama iaitu Anugerah Khas Perdana telah diterima oleh Ahmad Qayyum Fikri bin Ahmad Jazimin. Kategori anugerah ini merupakan anugerah terbaik keseluruhan di mana pelajar dinilai secara holistik dari aspek akademik, penglibatan secara aktif serta mempamerkan sahsiah dan peribadi baik.

Bagi Anugerah Khas Pengarah telah diterima oleh Shahadatunnur Najad binti Shahbudin, Anugerah Khas Kepimpinan telah diterima oleh Chew Chen Loong Alyx, Anugerah Khas Bestari pula diterima oleh Rashika A/P Sivanesan serta Anugerah Khas Sukan diterima oleh Nithyalakshmi A/P Sivanesan. Majlis turut menyediakan satu kategori anugerah khusus buat alumni ASPer yang terus menyumbang bakti di Pusat Asasi Sains Pertanian dan telah diterima oleh Megat Mohamad Irfan bin Rozilah menerusi Anugerah Khas Bakti Setia. Kesemua penerima Anugerah Khas membawa pulang sijil penghargaan, wang tunai serta plak anugerah.

Penganjuran kali kedua Majlis Apresiasi ASPer turut menganugerahkan Anugerah Cemerlang mengikut Subjek. Penerima Anugerah Cemerlang Pertanian ialah Nurneesha Aina binti Zaidi, penerima Anugerah Cemerlang Biologi ialah Lim Cheng Wei, penerima Anugerah Cemerlang Kimia ialah Benjamin Tam Chee Keen, penerima Anugerah Cemerlang Matematik ialah Humaira Izzah binti Zolkiply, penerima Anugerah Cemerlang Fizik ialah Mohd. Akmal Hazim bin Zaidi manakala penerima Anugerah Cemerlang Bahasa Inggeris ialah Marcus Edward. Kesemua penerima Anugerah Cemerlang mengikut subjek telah menerima sijil penghargaan serta plak anugerah.

 

Majlis turut diserikan dengan tayangan video kreatif dari pelajar Program Asasi Sains Pertanian sesi 2019/2020 yang lebih dikenali sebagai ASPer 15 ditujukan khusus kepada pelajar Program Asasi Sains Pertanian Sesi 2018/2019 (ASPer 14) yang diraikan bagi mengimbau kembali kenangan sepanjang berada di Pusat Asasi Sains Pertanian. Lebih menarik, pelajar turut disajikan dengan tajaan makanan dari Mc Donald’s Malaysia yang nyata memberikan senyuman manis kepada pelajar yang diraikan.

Moga majlis Apresiasi ASPer ini menjadi aktiviti tahunan sebagai satu platform kecil meraikan kejayaan pelajar Asasi. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar dan penerima anugerah.

 

Oleh:

Che Zailawati binti Abdul Ghani

Pusat Asasi Sains Pertanian

Date of Input: 14/11/2019 | Updated: 02/12/2019 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXDdRAE~