Amazing Insects: Macrography And Preservation | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Amazing Insects: Macrography and Preservation

Amazing Insects: Macrography and Preservation

Sempena penganjuran PIITRAM 2023 oleh Pusat Asasi Sains Pertanian (PASP), UPM, Bidang Biologi PASP telah mengadakan bengkel Amazing Insects: Macrography and Preservation pada 17 Feb 2023 (Jumaat) di Makmal Biologi, PASP. Bengkel ini diadakan bagi berkongsi ilmu tentang alam kehidupan khususnya serangga melalui pendekatan yang lebih interaktif dan menarik termasuk penggunaan teknologi seperti telefon pintar.

 

Selain pelajar pra-universiti, penyertaan bengkel dibuka kepada pelajar sekolah menengah bagi menarik minat untuk mempelajari Sains selari dengan objektif pengajaran dan pembelajaran STEAM. Bengkel telah disertai oleh 10 pelajar sekolah menengah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang, Sekolah Menengah Kebangsaan Sains Kubang Pasu dan Sekolah Kebangsaan (L) Methodist (ACS) Klang. Dua guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang juga turut hadir.

 

Bengkel bermula pada jam 9 pagi dengan pendaftaran peserta dan sesi fotografi bersama Pengarah PASP, Prof Madya Dr. Marina Mohd. Top @ Mohd. Tah. Bengkel dimulakan dengan pengenalan kepada serangga disusuli sesi praktikal pertama Macrography yang dikendalikan oleh penceramah jemputan, Dr. Ezad Hafidz Mohd Hafidzuddin. Peserta mempelajari teknik asas fotografi makro menggunakan kamera dan telefon pintar, dan menjadikan serangga sebagai subjek. Seterusnya dalam sesi praktikal kedua, peserta didedahkan kepada teknik asas pengawetan serangga; Preservation of Insects yang dikendalikan oleh penceramah jemputan dari Fakulti Pertanian UPM, En. Audi Jamaluddin. Setiap peserta diberi peluang menjalankan aktiviti menggunakan sampel serangga yang disediakan. Aktiviti turut dibantu oleh pensyarah, guru dan penolong pegawai sains bidang Biologi serta pelajar PASP yang berperanan sebagai fasilitator sepanjang bengkel berlangsung.

 

Bengkel berakhir pada jam 12.45 tengahari dengan ucapan penutup ringkas daripada pengerusi bengkel Dr. Nor Hafizah Ahmad Kamarudin. Bengkel menerima maklumbalas positif daripada peserta di mana tahap pengetahuan peserta mengenai serangga meningkat melalui respon yang diterima. Peserta juga berharap pemindahan ilmu ini dapat diadakan dengan tempoh masa yang lebih panjang pada masa hadapan supaya lebih banyak ilmu berkaitan dapat dipelajari. Terima kasih kepada ahli jawatankuasa bengkel, Dr. Nadiatul Hafiza Hassan, Dr. Siti Nor Ani Azaman, En. Azman Jali, En. Muhammad Ismail Othman, En. Nazaran Ali, Pn. Shariena @ Amirah Razali, Cik Nurul Ain Abu Kasim, pengajar Biologi PASP, penceramah dan peserta dalam menjayakan bengkel ini. Semoga bengkel ini memberi manfaat kepada semua yang terlibat.

Sesi fotografi bersama Pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM, Prof. Madya Dr. Marina Mohd. Top @ Mohd. Tah, peserta dan AJK bengkel.

Sesi praktikal pertama: Macrography yang dikendalikan oleh Dr. Ezad Hafidz Mohd Hafidzuddin. Peserta mempelajari teknik asas fotografi makro.

Sesi praktikal pertama: Macrography yang dikendalikan oleh Dr. Ezad Hafidz Mohd Hafidzuddin. Peserta mempelajari teknik asas fotografi makro.

Sesi praktikal pertama: Macrography yang dikendalikan oleh Dr. Ezad Hafidz Mohd Hafidzuddin. Peserta mempelajari teknik asas fotografi makro.

Sesi praktikal kedua: Preservation of Insects yang dikendalikan oleh penceramah jemputan, En. Audi Jamaluddin. Peserta didedahkan kepada teknik pengawetan serangga.

Sesi praktikal kedua: Preservation of Insects yang dikendalikan oleh penceramah jemputan, En. Audi Jamaluddin. Peserta didedahkan kepada teknik pengawetan serangga.

Sesi praktikal kedua: Preservation of Insects yang dikendalikan oleh penceramah jemputan, En. Audi Jamaluddin. Peserta didedahkan kepada teknik pengawetan serangga.

 

Penulis: Dr. Nor Hafizah Ahmad Kamarudin,

            Bidang Biologi, ASPer

Date of Input: 26/02/2023 | Updated: 26/02/2023 | emma

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbOAe~